Ternyata dugaan yang cukup berat untuk dihadapi oleh isteri, Shamsira Mohd Norizin, 31 apabila suami dan dua anaknya meninggal serentak.
Dalam satu kejadian malam tadi di KM 10, Jalan Lama Kota Bharu, Gopeng, treler yang dipandu arwah suaminya, Hafize Nizam Ali Supian, 30 yang dalam perjalanan dari Gopeng menuju ke Langkap dekat Teluk Intan terbabas sehingga mengakibatkan arwah dan dua anak lelakinya yang mengikut bapa mereka bekerja, Muhammad Afeef Rafiqie, sembilan tahun serta Arrian Nuh Nizam enam tahun turut menemui ajal di sisi sang bapa.
Raungan isteri, Shamshira Mohd Norizin, 31, selepas melihat mayat suami serta dua anaknya di Rumah Mayat Hospital, Kampar turut membuatkan ramai menitiskan air mata.
Ads
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke arah Malim Nawar terbabas.
Ads
“Treler itu dipercayai terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik dan juga besi penghadang jalan sebelah kiri jalan.
“Susulan itu ketiga-tiga mangsa tersepit dengan kecederaan parah dan maut di tempat kejadian,” katanya.
Ads
Superintendan Hasron berkata, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng serta Kampar mengambil masa selama lima jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Ujar beliau, kes diklasifkasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta siasatan lanjut diteruskan.
Katanya, bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Kampar bermula jam 5 hingga 7 pagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali tamat saja mana-mana temasya sukan antarabangsa, ramai pihak yang selalu tertanya-tanya apa yang bakal terjadi dengan kesemua aset berkaitan temasya itu termasuklah stadium baharu, kemudahan seperti kenderaan awam dan juga ‘perkampungan’ atlet.
Perkara sama juga berlaku ke atas aset-aset daripada Sukan Olimpik Toto 2020 yang baru berakhir pada bulan Ogos lalu. Bercakap mengenai perkampungan atlet, bermacam-macam persediaan baharu yang disediakan oleh Jepun sebagai tuan rumah sukan Olimpik kali ini demi menjamin keselesaan delegasi yang bertanding.
Kalau korang masih ingat lagi, tempat tinggal mereka telah menjadi tular tidak lama dahulu selepas kes beberapa atlet kelahiran Israel yang melakukan ‘eksperimentasi’ melompat di atas atas katil yang diperbuat daripada kadbod itu. Kata mereka, ia demi menguji sama ada ia cukup padu untuk menampung sekumpulan orang di atasnya ataupun tidak.
Ada juga ura-ura yang mengatakan Jepun menyediakan katil kadbod bagi mengelakkan sebarang percubaan atlet dalam aktiviti tidak senonoh di atas katil. Malah, ada yang menggelarnya sebagai ‘anti-sex’ beds. Tapi secara asasnya, katil ini diperbuat daripada bahan kadbod adalah disebabkan semangat mesra alam yang ingin dipromosikan oleh Jepun kali ini.
Setelah fasiliti itu digunakan oleh atlet Olimpik dan Paralimpik, katil-katil tersebut khabarnya akan digunakan semula oleh pesakit COVID-19 di Osaka, Jepun.
Menurut laporan Japan Times, idea tersebut dikemukakan oleh gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura.
Bagi sebuah katil yang diperbuat daripada bahan kadbod berkualiti tinggi dan telah dibuktikan mampu menampung berat sehingga 200kg, sayang untuknya dibuang begitu saja atau dikitar semula.
Oleh itu, sebanyak 800 buah katil kadbod dan bantal yang pernah digunakan semasa temasya Tokyo 2020 akan dibawa ke pusat perubatan sementara di Osaka pada akhir bulan ini bagi kegunaan pesaki COVID-19. Dengar cerita, syarikat yang mencipta katil kadbod ini iaitu Airweave Inc juga akan mendermakan katil-katil tersebut bagi tujuan kebajikan perubatan.
Jom lihat keistimewaan katil kadbod ini seperti yang ditunjukkan oleh para atlet di TikTok.
Penangan muzik video Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan penampilan istimewa daripada ahli kumpulan K-Clique, MK menarik perhatian netizen kerana baru dua minggu dilancarkan di YouTube, muzik video mereka telah pun mendapat lebih daripada 11 juta tontonan.
Terbaru, adik Naura Boniey atau lebih dikenali sebagai ‘kembar Neelofa’ telah pun membuat parody lagu tersebut yang dimuatnaik oleh laman YouTube Mask Team kira-kira beberapa jam yang lalu.
Rata-rata pengguna media sosial memuji lakonan adik Naura yang comel itu.
Serius kami tonton pun sambil tersenyum. Memang comel betul lakonan adik Naura dan Adam Ghadafi ini. Tak sabar nak dengar apa pula komen daripada Nabila dan MK. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu survey yang dijawap oleh hanya 451 orang berkaitan isu perkauman (Rasicm Perspektif Index) meletakkan Malaysia di kedudukan kedua di dunia selepas Afrika Selatan (ermmm agak teruk bunyinya). Dahulunya di negara Afrika ini terkenal kerana dasar “kulit” di mana orang kulit putih menindas orang kulit hitam yang mengakibatakan ribuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Namun secara logiknya, REMAJA merasakan kajian ini seakan tidak menyeluruh kerana ia hanya dijawap oleh 0.000000000001 sahaja (seperti tiada sambutan) dan kajian survey ini terus meletakkan Malaysia di tangga kedua. Negara-negara lain termasuk dalam senarai “teruk”ini terdiri dari Guetemala, Peru, Trinadad & Tobago, Bolivia, Afghanistan, Saudi Arabia, France dan Brazil.
Ini bermakna kita jauh lebih teruk dari Israel yang selalu menindas kejam Palestin dan di USA yang acap kali menjadikan orang kulit hitam sebagai mangsa terutama jenayah, hikz!
Baca perkongsian di fb rasmi, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung yang mengulas isu ini dari sudut perspektifnya pula.
Ya, saya mengakui Malaysia ada masalah hubungan kaum tetapi kita kena bersikap adil, Di negara manakah yang tiada masalah kaum dan ketidakadilan? Sesama bangsa Cina di China dan sesama bangsa India di India juga ada masalah inikan sesama berlainan bangsa di Malaysia?
Namun tunjukkan saya sebuah negara yang langsung tiada masalah?
Nak kata Malaysia adalah masalah kaum yang kronik? Di Malaysialah juga ada sekolah vernakular yang di Thailand yang juga ada bangsa Cina tiada sekolah vernakular tajaan kerajaan dan di negara barat yang kononnya pejuang hak sama-rata tiada atau tidak sebanyak sekolah vernakular tajaan kerana sebagaimana di Malaysia.
Masalah kaum? Di negara seperti Malaysia yang dikatakan ada masalah kaum dan penindasan yang teruk inilah 10 orang terkaya di Malaysia adalah bukan Melayu di dalam sebuah negara bernama Malaysia yang majoritinya Melayu.
Masalah kaum dan penindasan kaum? Di negara seperti Malaysia yang dikatakan ada masalah kaum dan penindasan inilah seorang bukan Melayu yang menipu dan memburuk-burukkan Malaysia di luar negara dilantik jadi Menteri.
Masalah kaum dan penindasan kaum? Di Malaysia sahajalah 96% ‘pelancong’ dari China masuk ke Malaysia sejak 2016 yang memiliki rekod masuk tetapi tiada rekod keluar dari Malaysia dan kuil dibina di atas tanah haram sesuka hati dan bila diminta pindah masih boleh mendapat pampasan walaupun tanah itu bukan milik mereka.
Menggunakan satu ‘survey’ seramai 451 orang lalu membuat kesimpulan mudah bahawa masalah kaum di Malaysia sangat teruk sehinggakan kita hanya berada di belakang negara Afrika Selatan yang memiliki sejarah apartheid adalah seolah-olah membuat kesimpulan nasi lemak rendang ayam tak sedap kerana rendang ayam tak crispy setelah dicuba oleh beberapa orang yang mungkin ada kecenderungan makanannya yang tersendiri!
Malaysia tidak sempurna dan telah berulang-kali saya sebut bahawa tiada negara yang sempurna.
Kesempurnaan di mana tiada kesedihan, tiada kegagalan, tiada kesakitan, tiada kezaliman, semua itu gambaran utopia yang hanya wujud di Syurga.
Namun sayangnya ramai yang tidak berpijak di bumi nyata dengan mengharapkan kesempurnaan di dunia yang memang diciptakan bukan sebagai utopia tetapi sebagai dystopia.
Bukan tidak boleh berbincang perkara begini kerana adalah masalah seperti ini pastu wujud dan wujudnya masalah ini kerana kita adalah manusia yang memiliki kecenderungan dan kemahuan tersendiri yang adakalanya melawan perintah (undang-undang) Tuhan.
Oleh itu Rukun Iman dalam Islam mengatakan kepercayaan kepada hari kebangkitan di mana manusia akan mendapat keadilan yang tidak mereka dapat di dunia ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...