Tentunya semua peminat boleh sepak negara masih memperkatakan mengenai gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh pemain remaja Kedah berusia 21 tahun, Fadzrul Danel Nizam pada masa tambahan.
Baru saja dimasukkan selama 1 minit selepas menggantikan rakan pasukan, Danel tak menunggu masa yang lama untuk warm up. Malah dia bijak mencari ruang dan keserasian dengan rakan sepasukan hingga boleh menghasilkan jaringan pantas!
“Saya terfikir juga sama ada akan diberi peluang untuk bermain atau tidak oleh coach. Apa yang saya buat hanyalah fokus untuk panaskan badan dan JIKA dibawa masuk ke padang, saya beritahu diri sendiri untuk tak sia-siakan peluang itu.
“Lagipun ini pentas final, belum pernah lagi saya bermain di hadapan penonton seramai ini! Memang rezeki saya tercapai bermain untuk Kedah semalam,” katanya kepada rakan media di BERNAMA.
Menceritakan detik masuk ke dalam padang, Danel hanya mendengar arahan coach, Aidil Sharin Sahak saja dan tak mengendahkan tekanan dari penonton.
“Pesan beliau adalah untuk gunakan kelebihan saya untuk membantu pasukan meraih kejayaan. Beliau ingin saya cari ruang dan apabila mendapat bola, bawa ia ke depan.
“Itu saja, ringkas. Rasa gemuruh memang ada kerana ini final pertama saya di skala pertandingan sebesar ini tapi saya masih boleh mengawal perasaan itu dengan cuba mengikut arahan beliau.
“Saya bersyukur sangat kemenangan milik kami (Kedah) dan saya pun tidak sangka dapat membantu menjaringkan gol.”
BACA: 4 Perkara Lelaki Kena Tahu Tentang Fans Perempuan Ketika Menonton Bola Sepak
Sekali lagi, tahniah REMAJA ucapkan kepada Kedah dan pemain remaja tersebut