Ura-ura yang kita dengari sejak beberapa bulan lalu akhirnya menjadi realiti.
Baru-baru ini, REMAJA pernah melaporkan mengenai pelan syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat iaitu Apple untuk tidak lagi menyediakan pengecas bateri (charger) di dalam pek model telefon iPhone 12.
.
Walaupun ramai yang mengecam dengan rancangan Apple itu, namun mereka tidak terkejut dengannya. Ini memandangkan revolusi yang dilakukan oleh Apple baru-baru ini terhadap gajet yang mereka perkenalkan telahpun mendatangkan masalah kepada pengguna setia mereka.
Sebagai contoh, pengeluaran model iPhone tanpa earphone jack telah memaksa bakal pengguna untuk mendapatkan EarPods, AirPods, fon telinga ataupun kepala yang disokong dengan fungsi Bluetooth.
.
Menariknya, tindakan Apple itu telahpun ‘ditiru’ oleh beberapa pesaing terdekatnya seperti Samsung. Terbaru, laporan mengatakan Samsung akan melakukan perkara berkenaan melalui telefon mercu akan datang mereka – Galaxy S21 (atau mungkin Galaxy S30).
Samsung dikatakan tidak akan menyertakan kepala pengecas, selain mungkin turut tidak menyertakan fon telinga. Samsung dijangka hanya akan menyertakan kabel dan juga pengeluar kad SIM bersama-sama pembelian peranti dalam kotak.
Pula dah..
.
Dengan hal ini, ia akan mengecilkan saiz kotak. Pada masa yang sama, perkara ini membolehkan Samsung menjual aksesori seperti fon telinga berasingan.
Sebelum ini, Apple tidak menyertakan pengecas dan fon telinga dalam kotak, mengatakan ia adalah usaha untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S21 (atau Galaxy S30) ini seawal Januari 2021 kelak. Apa pun, memandangkan sebelum ini Samsung hadir dengan jenaka mengejek Apple kerana membuang pengecas, melakukan perkara sama mungkin akan turut menerima kritikan terhadap jenama Korea Selatan ini.
Pada pandangan korang, adakah ia akan membantu untuk mengurangkan harga jualan ataupun telefon pintar Samsung dan Apple masih akan dijual pada kadar harga sama?
SUMBER RUJUKAN: CHOSUN