Jika sebelum ini kita mendengar negara Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) melancarkan perkhidmatan perkahwinan secara online yang membolehkan pasangan meneruskan pernikahan walaupun dalam sekatan pergerakan akibat COVID-19.
Kini ia dilaksanakan di Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini melaksanakan satu majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia.
Menurut Berita Al Hijrah, majlis pernikahan secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, disempurnakan dalam sekali lafaz.
Langkah ini diambil susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac hingga 28 April akan datang.
Ads
Dipisahkan oleh jarak dan hanya skrin menjadi ‘sesi pertemuan’ istiadat berkenaan, pasangan pengantin, berjaya disatukan menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.
Pengantin perempuan berada di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa berjaya disatukan pada jam 10.10 pagi tadi.
Ads
Akad nikah yang diwalikan oleh bapa pengantin perempuan itu turut dihadiri saksi dan disaksikan Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.
Disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live Berita Al-Hijrah, majlis nikah dalam talian berkenaan selaras dengan ketetapan terbaharu JAWI yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperoleh Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk dilaksanakan secara sidang media berdasarkan garis panduan dan borang permohonan yang ditetapkan. Tonton video penuh majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia DI SINI.
Ads
Sebelum ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu turut mengambil pendekatan yang sama bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di sana. Kementerian Keadilan UAE pasangan yang ingin berkahwin boleh memilih tarikh majlis selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.
Mungkin ramai pasangan yang sudah merancang perkahwinan beberapa bulan ini terpaksa akur untuk menunda pernikahan mereka gara-gara wabak COVID-19 yang melanda dunia. Tapi tidak lagi selepas dengar khabar gembira ini.
Best juga kahwin secara online di musim PKP ni, lama dapat bercuti dengan pasangan kan…hiks
Sumber : Facebook Live Berita Al-Hijrah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedang kita sibuk terikut dengan lagu-lagu Bollywood dan K-Pop mungkin sampai terlupa tarian zapin, wayang kulit, dikir barat yang suatu masa dahulu menjadi kebanggaan nenek moyang kita.
Viral satu video yang menunjukkan sekumpulan penyanyi koir dari negara barat mendendangkan lagu ‘Ewa Bule’ dengan persembahan dikir barat ternyata mencuri perhatian.
Yang kagumnya, persembahan dikir barat itu bukanlah daripada rakyat Malaysia, sebaliknya dinyanyikan oleh kumpulan koir daripada luar negara bernama Vocal Ansemble Caloroso. Siap dengan dialek kelate dan gerak tari dikir barat. Kagum penulis!
Dikenali sebagai Wau Bulan, lagu rakyat dari negeri Kelantan ini merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan merupakan salah satu permainan tradisional yang amat unik, terkenal dan diminati oleh masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang, atau Kelantan
Netizen Kagum & Bangga
Meremang ke tidak uollls. So daripada kita sibuk agungkan budaya luar, apa kata kita lebih hargai budaya sendiri. Kalau kita tak hargai siapa lagi yang nak hargai budaya warisan kita kan.
Apa-apa pun, cayalah Malaysia di mata dunia!
Sumber : Facebook Maafsebut
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah sekian lama peminat Apple tempatan inginkan sebuah Apple Store rasmi dibuka di Malaysia. Perasaan iri hati semakin ‘membusung’ para pengguna peranti tersebut selepas melihat Apple Store telah dibuka di negara jiran iaitu Singapura dan Thailand, sementara Malaysia seakan ‘dilupakan’.
Baru-baru ini, foto yang didakwa adalah Apple Store pertama di Malaysia yang muncul di forum Skyscrapercity telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi media sosial, lokasi tersebut dikatakan terletak di Tun Razak Exchange (TRX). Jelas bahawa logo Apple yang bercahaya sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Bagaimanapun, foto yang tular tersebut tidak begitu jelas kerana terdapat banyak perancah besi yang menghalang ia untuk gambar berkenaan lebih jelas ‘ditangkap’ ekoran kerja-kerja pembinaan masih giat dijalankan.
Meneliti gambar tular itu lagi, jelas sekali logo Apple berlampu sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Ura-ura Apple Store pertama di Malaysia yang bakal dibuka di TRX sudah lama didengari malah dikatakan berlaku penangguhan pembukaan pada tahun lalu ekoran sebab-sebab tertentu. Jika gambar ini sememangnya sahih, ia bermakna Apple Store akan dibuka pada tahun 2023 kelak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dua hari lalu berlaku satu kemalangan langgar lari yang melibatkan sebuah kenderaan dan sebuah motosikal di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat Subang. Mangsa, Muhamad Husaini Jamil, 28 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Di sebalik kisah kemalangan yang terjadi, allahyarham Muhamad Husaini baru tiga minggu diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Muhaini Mohd Rozaini. Ternyata pemergian suami tercinta memberikan dugaan buatnya kerana kejadian ini langsung tidak terduga.
Dalam kejadian dianggap satu dugaan cukup besar dihadapinya, Siti Muhaini Mohd Rozaini, telah menulis di entri facebooknya mengenai kejadian menyayat hati ini. Pasangan sama cantik sama padan ini baru 3 minggu berumahtangga selepas berkenalan empat tahun. Luahan hati di entri facebooknya telah tular malah ramai menzahirkan rasa simpati dengan kejadian tersebut.
Ternyata, Allah lebih sayangkan arwah suaminya yang pergi pada pagi Jumaat malah allahyarham sempat menemankan isterinya itu bersahur sempena puasa ganti dan puasa bulan Rejab pagi hari sebelum kejadian menimpanya.
Sejak pemergian suaminya empat hari lalu, Siti Muhaini atau menggunakan nama Ninie Rozaini di fb menulis di entrinya meluahkan kata-kata rindu dan semangat buatnya. Setiap kata-katanya amat sayu, sarat dengan rasa rindu mendalam terhadap arwah suami yang pergi meninggalkannya dalam kejadian tidak disangka. Alfatihah buat allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Kami di Remaja mengharapkan Ninie Rozaini tabah menghadapi ujian yang cukup besar ini.
Baca tulisan Ninie di entri facebooknya. Hari ini hari keempat suaminya pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Entri ini ditulisnya pada 6 April hari pertama selepas suaminya tiada : Assalamualaikum muhamad husaini bin jamil. Hye husband! I miss you! I love you! We just got married for 3 weeks n today 6/4/2018 u pergi tinggalkan i untuk selamanyaaa. Why you have to do this? Tak sayang i dah eh?no la i know allah lebih sayangkan you la sayang. Even i jadi wife u for 3 weeks i bersyukur sayang. Ni apa yang allah dah tulis. Meninggal pada hari jumaat yg mulia, process you semuaa dipermudahkan sayang. Mmg allah sayang kan you kan! Masjid td masyallah ramai solatkan you. See how special you are! ❤️ kebumi tadi pun redup sejuk even tghari syg siap hujan lagi bie. I taw u dh happy kat sana! U jgn lupa i taw i xkan pernah lupaaaa you . Kesian i sorang sorang2 dah skrg. Dah xde partner nk share story before tido and im all alone now without you. U know i love you kan n only god knows how much i sayang and rindu u skrg . I tak kuat bie. I NEED YOU LOVE. Ampun kan segalaa dosa i sayang❤️i tido kat rumah you mlm ni dlm bilik you bie!
8 April 2018 السلام عليكم sayang!good morning! Love you! Miss you! I miss you bie❤dah 3 hari you pg cepatnyaaaa? bie album wedding dah nk siap yang u nk tgk tu diorang cepat kan untuk you bie! Nnti i tgk kan utk you okay sayang! Family kesayangan i dunia akhirat. They’re just to happy with our wedding, and skrg diorang lebih happy tgk kemuliaaan hidup you bie! Mesti you tak taw semuaa sayang you kan! Semuaa orang mendoakan kesejahteraaan you kat dunia ni❤terima kasih semua mendoakan utk arwah semua nini semoga allah yg mampu membalasnyaa! I still tak percayaa you dah tak ada?i masih fkir u ade dekat dgn i. Sekali sekala ada masa jenguk la i okay .. u sayang i kan so dtg jenguk family kiteee okay! Bie kejap lg i pg ziarah kubur u okay Tunggu.. U jgn risau i lagi ramai yg bagi semangat kat i . U penah ckp kat i sebelum ni” u ni manjaa dgn i kalau i xde mcm mana la you ni sape la yg nk jagaaaa you pulak” u risau sgt, i still ingat apa yg u ckp i kne kuat , u mcm taw je u nk pg jauh kan. Ckup tunjuk sayang u sgt kuat pada i.nyenyeeeee nyee you ni ❤loveeeeeee you forever ? Love youu ❤
8 April 2018
Sayang rumah you dah cantik sgt. Sejuk rumah you bie! U mesti suka kan cantik mcm taman syurga ❤ happy i tgk rumah you so cantik! Sayang i nk bgtaw you ni good news hutang you dgn duniaaa semua dah selesai taw . Dah byr semuaa you dah xde hutang pape lagi , semua dah settel. Kne ckp thank you pada siapa yg byk tlg n byrkan u taw. Ramai sygkan you.U jgn fkir pasal hutang lagi u rehat kan diri u okay i akan buat sehabis baik utk tlg you mcm mana u byk tlg i .. doakn allah permudahkan urusan i utk you kay! I tak penat pun i okay je bie??u jgn risau kay! U tido je taw! U kene rehat sbb kat dunia u dh penat cari rezeki.i pulak cari rezeki utk you kay! U mesti proud dgn i kan bie ?sbb i kuat bie . I redha. U ingat taw i sayang u smpai syurga.tak mungkin i akam jumpe lelaki sebaik u, sejujur you dan se setiaaa you bie. Masyallah,sayangnyaa allah pada hambanyaa. I sayang you forever syurgaku??
9 April 2018
Assalamualikum sayang❤ i miss you! Sape budak comel ni ? ramai datang ziarah u kat rumah bie .x putus2 orang dtg! Harini i nk pg amik report you , pegi jpn pulangkan ic you i settelkan semua kerja you harini okay! Izinkan i keluar okay! I xberapa sihat tp i boleh buat semuaaa tu ! Sekejap je dah 4 hari u pergi tinggalkan i. I dah okay i tido pun okay u xde i tido dengan mama i ?kejap lagi i ziarah taman syurga u okay.ya allah ampunkam dosa suami ku, luaskanlah kuburnya dan jadikan lah kuburnya taman di antara taman taman syurga.
Dalam satu temubual bersama MStar online dua hari lalu, (BACA SINI) Siti Muhaini bercerita bagaimana arwah suaminya sempat menemaninya bersahur malah memberikan keizinan untuknya berpuasa ganti dan sempena Rejab.
“Saya berpuasa ganti dan puasa sunat sempena bulan Rejab. Dah tiga hari saya sahur seorang, dan masuk hari keempat pada Jumaat lepas, dia (suami) temankan saya bersahur. “Dia banyak mendiamkan diri dan hanya memandang saya makan. Dia cuma cakap dia izinkan saya untuk berpuasa. Dia tak jamah tapi sudi temankan sahur pada hari terakhir dia…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...