Ikut Jejak UAE, JAWI Laksana ‘Nikah Online’ Pertama Di Malaysia

Share

Jika sebelum ini kita mendengar negara Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) melancarkan perkhidmatan perkahwinan secara online yang membolehkan pasangan meneruskan pernikahan walaupun dalam sekatan pergerakan akibat COVID-19.

Kini ia dilaksanakan di Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini melaksanakan satu majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia.

Menurut Berita Al Hijrah, majlis pernikahan secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, disempurnakan dalam sekali lafaz.

Langkah ini diambil susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac hingga 28 April akan datang.

Dipisahkan oleh jarak dan hanya skrin menjadi ‘sesi pertemuan’ istiadat berkenaan, pasangan pengantin, berjaya disatukan menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.

Pengantin perempuan berada di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa berjaya disatukan pada jam 10.10 pagi tadi.

Akad nikah yang diwalikan oleh bapa pengantin perempuan itu turut dihadiri saksi dan disaksikan Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

Disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live Berita Al-Hijrah, majlis nikah dalam talian berkenaan selaras dengan ketetapan terbaharu JAWI yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperoleh Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk dilaksanakan secara sidang media berdasarkan garis panduan dan borang permohonan yang ditetapkan. Tonton video penuh majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia DI SINI.

Sebelum ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu turut mengambil pendekatan yang sama bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di sana. Kementerian Keadilan UAE pasangan yang ingin berkahwin boleh memilih tarikh majlis selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.

Mungkin ramai pasangan yang sudah merancang perkahwinan beberapa bulan ini terpaksa akur untuk menunda pernikahan mereka gara-gara wabak COVID-19 yang melanda dunia. Tapi tidak lagi selepas dengar khabar gembira ini.

Best juga kahwin secara online di musim PKP ni, lama dapat bercuti dengan pasangan kan…hiks

Sumber : Facebook Live Berita Al-Hijrah

Published by
Nana