Gaya Hidup

“Ikut Untuk Jaga Kami, Pastikan Laluan Selamat” Ben Amir Jelaskan Alasan Bawa Anjing Sebagai Peneman Dalam Misi Tawan Everest

Share

Pelakon, Ben Amir baru-baru ini tampil menjelaskan  mengenai gambarnya memegang anjing hingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat yang menegurnya bahawa haram bersentuhan dengan haiwan berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Ben berkata, anjing itu adalah haiwan yang menjaga perjalanannya sejak hari pertama sepanjang misi pendakian ke Everest Base Camp.

“Anjing ini ikut jaga kami. Pastikan laluan selamat untuk kami” – Ben Amir

“Di sini ada ‘snow leopard’ tahu tak? Aku sayang sebab dia jaga kami. Kau sibuk nak haramkan macam tiada otak. Kepada yang tidak tahu apa itu ‘snow leopard’ kalau dia baham kau selamat jalanlah ke alam lain”

Menurutnya lagi, anjing itu juga melindungi dan akan memastikan laluan pendaki selamat daripada haiwan pemangsa. 

“Kalau anda tak suka anjing, kita tidak boleh berkawan,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, perkongsian Ben mengenai pendakiannya itu mendapat sokongan ramai peminat yang tidak sabar menantikan pelakon itu untuk sampai ke puncak gunung.

Sekadar info, beberapa hari lalu Ben memuat naik gambar dirinya tiba di Lapangan Terbang Lukla, Nepal dan kini dia dalam perjalanan mendaki ke Everest Base Camp.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN