Menjadi seorang figura awam atau selebriti pasti takkan lari dari kritikan. Maklumlah, asam garam sebagai anak seni katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023
Setelah bertahun-tahun mengumpul pengalaman sebagai model hijabi, beliau kini tampil menghiasi skrin televisyen.
Namun tular baru-baru ini di media sosial apabila pelakon dan model terkenal, Qasrina Karim dikritik teruk oleh warganet. Lebih mengejutkan lagi apabila beliau dikritik bukan kerana kualiti lakonannya, tapi dek kerana bentuk dahinya yang dikatakan ‘besar’.
Insiden itu bermula apabila video klip temu ramahnya berkenaan dengan desas desus yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pelakon Mierul Aiman di program Astro baru-baru ini menjadi sasaran kutukan warganet.
Menjadi makin tular lagi apabila ada pengguna Twitter yang menangkap layar komen-komen berbentuk penghinaan itu dan berkongsi di laman akaunnya dengan menyalahkan jurukamera yang merakam temu ramah itu dengan ‘angle yang salah’.
Perkongsian tersebut meraih lebih daripada 2,000 jumlah perkongsian dalam masa yang singkat sehinggakan pelakon Imam Instant Ustazah Scammer itu sendiri tampil memberi kenyataan.
Warganet juga tampil memberi sokongan terhadap duta Tudung Alhumaira itu dengan memberi kata-kata semangat dan menasihatkannya untuk cekal dan menghiraukan kritikan-kritikan berbaur ‘bodyshaming’ tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Akaun Instagram Qasrina Karim