
Semalam tular video infleuncer dan usahawan terkenal dikatakan meninggikan suara terhadap seorang warga emas, rata-rata netizen Malaysia telah tampil menzahirkan rasa tidak senang hati dan marah di laman sosial.
Hal ini selepas klip video yang dimuat naik sendiri oleh influencer tersebut dilihat agak sombong dan reaksi agak sedih warga emas berkenaan selepas dipermalukan di hadapan orang ramai selepas kisah silamnya dipertanyakan.
Tampil memperbetulkan keadaan, usahawan tersebut yang juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita terkenal meminta maaf di laman sosialnya sebentar tadi.
Dia turut membetulkan keadaan dengan memberitahu apa sebenarnya yang berlaku dalam video tersebut yang terjadi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pada 27/7/ 2021.
Menurut usahawan tersebut, beliau hanya memberikan kata-kata semangat atau motivational talk. Beliau turut mengatakan yang dia menghadiri program tersebut adalah dengan jemputan oleh pihak penganjur dan hanya mengikut dan menghormati apa yang penganjur inginkan.
Malah Carl Samsudin turut meminta maaf atas kesalahannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup wajah semasa majlis tersebut.
Terdahulu, video usahawan yang dikatakan bercakap kasar kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur telah mendapat perhatian ramai.
Rata-rata berasa geram melihat tindakannya yang dianggap kurang ajar kerana memanggil pakcik berkenaan dihadapan ramai orang dan memberikan RM50 atas keberaniannya tampil menjawab pertanyaan dilontarkan influencer tersebut.
Sumber : Instagram Carl Samsudin
Kenapa Doa Di Hari Arafah Mustajab? Mintalah Semua Doa Ini Esok, Paling Dekat Dimakbulkan

Disebut dalam hadis-hadis soheh, amalan terbaik pada hari #wukuf di #Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)
Berikut adalah panduan doa yang boleh kita sebut pada Hari Arafah ini. Ia hanya sekadar panduan sahaja, kalau ada yang ingin ditambah mengikut kesesuaian tiada masalah.
Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, InshaaAllah:
- Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
- Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
- Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).
- Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
- Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
- Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
- Ya Rabb, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
- Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
- Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
- Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman
- Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
13. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).
14. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan RezekiMu.
15. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah Ya Rabb, Sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, Berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, Lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, Berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
25. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
26. Ya Rabb, Selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
28. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32.Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI
33 . Ya Allah , ampunkan segala dosa aku , dosa kedua ibu bapa ku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia
Aamiin Ya Rabbal'Alamiin. Kredit : Majlis Ilmu
SPM Dianjak Lagi! Pelajar Akan Mula Sekolah Januari 2021 Kecuali Form 2 & 3 Pada Mac 2021

Sebentar tadi Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berhubung pengumuman mengenai operasi institusi pendidikan memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan menutup semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di semua negeri bermula 9 November sehingga 17 Disember.
Sesi pembelajaran dan pembelajaran bagi semua murid dan pelajar sepanjang penutupan dilaksanakan secara home based learning.
“Pentadbir sekolah perlu memastikan semua guru dan murid melaksanakan PdP di rumah. Guru perlu kekal di stesen tempat bertugas masing-masing
.
Dalam pada itu,Menteri Kanan ini turut mengumumkan pelajar tingkatan lima tahun ini akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada 22 Februari 2021 bukan Januari yang diumumkan sebelum ini.
Semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang memasuki tingkatan 1, 4 , 5, 6 serta Kolej Vokasional tahun 2021 akan kembali ke sekolah bermula 20 Januari 2021.
Manakala pelajar tingkatan dua dan tiga akan belajar secara home base learning bermula pada 20 Januari 2021 mengikut kesesuaian guru dan murid sebelum kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021.
Matrikulasi KPM Akan Kembali Semula Ke Kolej
Dalam pada itu, pelajar matrikulasi akan kembali semula ke kolej dan meneruskan program pada 4 Januari 2021. Ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk pelajar matrikuasi yang dijadualkan pada 8-19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke 2021.
“SPM 8A, Matrikulasi 4.00” Pempengaruh Dedah Gadis Guni Harapan Keluarga, Kini Sudah Terima Hadiah Dari Rakyat Malaysia

Terbaru, gadis yang tular membawa guni semasa pendaftaran universiti, Rafida Zaiddin terus menjadi inspirasi apabila aktivis masyarakat dan pempengaruh, Adrian Edy mendedahkan bahawa dia merupakan seorang harapan keluarga dan juga pelajar cemerlang.
Menerusi Instagram milik Adrian, beliau baru-baru ini berkongsi gambar bertemu dengan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu untuk menyerahkan hadiah komputer riba dan tablet yang difahamkan pemberian dari rakyat Malaysia bagi memudahkan urusan pembelajaran gadis itu di universiti.
“Syukur hari ini ke UMS bertemu dengan Rafida. Terharu dengan kisahnya yang tular dan menyampaikan hadiah daripada rakyat untuk Rafida berupa sebuah komputer, tablet dan sedikit wang”
ARTIKEL BERKAITAN: Bawa Karung Guni Sebagai Beg Masuk Asrama, Kisah Pelajar Cemerlang Rafida Zaiddin Sentuh Hati Menteri Pendidikan


“Saya juga sempat berikan kata-kata semangat kepada adik Rafida untuk terus berjaya dalam pengajian seterusnya dapat capai cita-cita sebagai akauntan. Ternyata, Rafida anak yang baik dan taat kepada ibu bapa. Walaupun hidupnya susah dia tetap mahu bahagiakan keluarga dan ingin bantu lebih ramai yang memerlukan,” ujar Adrian menerusi perkongsian yang sama.
Menurut Adrian, keputusan yang diraih Rafida bukan calang-calang. Mahasiswa Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Perakaunan itu mempunyai rekod pendidikan yang membanggakan.
“Rafida merupakan pelajar cemerlang sewaktu di sekolah apabila memperoleh 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 sewaktu menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan,” kongsinya.



Dalam pada itu, Adrian menambah, gadis guni itu juga berpewatakan ceria dan murah dengan senyuman. Beliau sempat mencungkil kisah karung guni, keluarga dan perjalanan gadis itu ke UMS yang menjadi tular.
“Rafida berasal dari Kampung Sim Sim, Sandakan telah menaiki bas bersama bapanya dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Beliau anak kedua dari dua beradik dan bercita-cita mahu menjadi seorang akauntan. Bapanya merupakan peniaga sayur di Sandakan manakala ibunya adalah suri rumah,” katanya.


“Abangnya terpaksa berhenti belajar kerana faktor kewangan, kini Rafida lah menjadi satu-satunya harapan keluarga untuk berjaya di menara gading,” jelas Adrian.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai dan masyarakat turut mengucapkan terima kasih kepada Adrian kerana menjadi pengantara memudahkan urusan Rafida di universiti. Pada masa yang sama, ada yang turut menitipkan doa agar gadis berkenaan terus cemerlang dan dapat membanggakan keluarga.
Sebelumnya, gambar karung guni yang berisi barangan keperluan milik pelajar tersebut ketika hari pendaftaran tular di media sosial sehingga mendapat perhatian Menteri Pelajaran Malaysia, Fadhlina Sidek.
Rafida menjelaskan membawa barangan di dalam guni adalah idea bapanya bagi memastikan barang yang dibawa tidak tercicir memandangkan mereka menaiki bas dan akan menempuh perjalanan selama enam jam untuk sampai ke universiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.