“I’m Sorry Malaysia”, Influencer ‘Sound’ Warga Emas Tampil Minta Maaf Dan Hanya Bagi Kata Semangat

Share

Semalam tular video infleuncer dan usahawan terkenal dikatakan meninggikan suara terhadap seorang warga emas, rata-rata netizen Malaysia telah tampil menzahirkan rasa tidak senang hati dan marah di laman sosial.

Hal ini selepas klip video yang dimuat naik sendiri oleh influencer tersebut dilihat agak sombong dan reaksi agak sedih warga emas berkenaan selepas dipermalukan di hadapan orang ramai selepas kisah silamnya dipertanyakan.

Tampil memperbetulkan keadaan, usahawan tersebut yang juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita terkenal meminta maaf di laman sosialnya sebentar tadi.

 

Dia turut membetulkan keadaan dengan memberitahu apa sebenarnya yang berlaku dalam video tersebut yang terjadi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pada 27/7/ 2021.

Menurut usahawan tersebut, beliau hanya memberikan kata-kata semangat atau motivational talk. Beliau turut mengatakan yang dia menghadiri program tersebut adalah dengan jemputan oleh pihak penganjur dan hanya mengikut dan menghormati apa yang penganjur inginkan.

Malah Carl Samsudin turut meminta maaf atas kesalahannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup wajah semasa majlis tersebut.

Terdahulu, video usahawan yang dikatakan bercakap kasar kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur telah mendapat perhatian ramai.

Rata-rata berasa geram melihat tindakannya yang dianggap kurang ajar kerana memanggil pakcik berkenaan dihadapan ramai orang dan memberikan RM50 atas keberaniannya tampil menjawab pertanyaan dilontarkan influencer tersebut.

Sumber : Instagram Carl Samsudin

Published by
Nana