Iman Khelif

Atlet tinju Algeria, Imane Khelif, menjadi tular di laman sosial kerana didakwa sebagai lelaki atau transgender. Ini berlaku selepas lawannya, petinju Itali Angela Carini, menarik diri dari perlawanan di Sukan Olimpik Paris 2024 kerana tidak puas hati dengan keadilan yang diberikan.

ARTIKEL BERKAITAN : Tular Wanita Nikahi Lelaki Berwajah Unik. Ini Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Sindrom Treacher Collins

Malah, kem Itali mendakwa Imane adalah lelaki secara biologinya dan dibenarkan bertanding dalam acara wanita, yang menimbulkan spekulasi.

Imane Khelif Atlet Tinju Algeria Penuh Kontroversi Di Olimpik Paris, 6 Info Swyer Syndrome!
Imane Khelif, Atlet tinju Algeria

Gagal ujian kelayakan jantina

Imane sebelum ini dibatalkan penyertaannya di Kejohanan Dunia akibat gagal ujian kelayakan jantina. Sebelum menarik diri, Imane melancarkan beberapa serangan padu ke arah Carini, memaksa Carini mengangkat tangan tanda menyerah.

Aksi ini menimbulkan persoalan di kalangan netizen mengenai diskriminasi di pentas tertinggi. Carini berkata dia tidak kalah, tetapi menyerah dengan matang, dan enggan berjabat tangan dengan Imane kerana kecewa.

Imane Khelif Atlet Tinju Algeria Penuh Kontroversi Di Olimpik Paris, 6 Info Swyer Syndrome!
Imane Khelif  ketika kecil.

Imane Khelif alami sindrom Swyer

Sebenarnya, Imane mengalami sindrom Swyer, di mana beliau mempunyai organ intim wanita tetapi genetik lelaki (XY).

Imane Khelif Atlet Tinju Algeria Penuh Kontroversi Di Olimpik Paris, 6 Info Swyer Syndrome!
Imane  Khelif alami sindrom Swyer

Berikut enam info berkaitan sindrom ini yang diperoleh daripada portal rarediseases.org:

  1. Kanak-kanak perempuan dengan sindrom Swyer tidak menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan tidak akan mengalami akil baligh.
  2. Kebanyakan individu yang menghidap sindrom Swyer tidak mengalami sebarang gejala luaran sehingga awal remaja mereka apabila mereka gagal mengalami haid.
  3. Wanita penghidap Swyer syndrome mengeluarkan hormon testosteron yang lebih tinggi.
  4. Mereka juga mempunyai ketinggian lebih berbanding wanita biasa.
  5. Jika mengalami haid, jumlah darah kurang dan tidak mempunyai payudara untuk menyusukan anak.
  6. Oleh kerana wanita dengan sindrom Swyer kekurangan ovari, kesuburan mereka terganggu. Bagaimanapun, mereka boleh hamil melalui implantasi dan bantuan hormon.

Siannya Imane ni, tak apalah Imane berani kerana benar walaupun satu dunia kata dia transgender. Bukti kukuh menunjukan beliau wanita dengan sindrom Swyer ini.

BACA LAGI : Menghidap Sindrom Peter Pan, Mark NCT Rasa Dunia Idola K-Pop Seperti Hidup Dalam Fantasi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Sinar & Sinarplus

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI