Imbangi Pelajaran Dan Dunia Seni, Azhar Sulaiman Tak Mahu Dilabel Artis Tanpa Ilmu

Share
Bertuah badan punya pakej yang sempurna, rupa paras yang kacak dan bijak.
Azhar Sulaiman bukan nama asing dan merupakan pelakon 90-an yang masih relaven sampai ke hari ini.
Kini, hampir 30 tahun berlalu, Azhar bukan sahaja bergelar sebagai seorang pelakon malah seorang arkitek yang berjaya juga.
Untuk pengetahuan korang, Azhar Sulaiman merupakan bekas salah seorang finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama-sama dengan Esma Daniel dan Badrul Muhayat.
Mengimbau sedikit kenangan ketika menyertai Hero Remaja, Azhar yang dihubungi pihak Remaja berkongsi kisah dan pengalaman yang dirasakan tidak sama seperti apa yang dilalui oleh finalis-finalis sekarang.
Mula menceburi bidang lakonan di zaman Universiti lagi, Azhar mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta dan Sayang. Fuh hebat tak hebatlah abang Hero Remaja kita ni, sekali datang casting terus dapat watak utama.
Sangat mementingkan ilmu dan pendidikan, menurut Azhar ketika menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 1991 dia masih menuntut di ITM Manjung, Perak dalam bidang Diploma Senibina.
Menurut Azhar, apabila terjun ke bidang seni tidak semestinya kita tidak perlu belajar ke menara gading. Sebagai artis dan selebriti kita harus bijak mengunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengembangkan bakat yang sedia ada.
Tambahan beliau lagi, bila sudah berjaya pula harus pandai menjaga diri, mulut dan kelakuan.

Ditanya apakah nasihatnya kepada bakal Hero Remaja 2020, ini jawapan yang diberikan Azhar Sulaiman buat adik-adik junior.

Sebagai seorang selebriti seharusnya kena pandai membawa diri dan membuat sesuatu dengan sepenuh jiwa dan raga bukan seperti melepaskan batuk di tangga.
Azhar juga sempat mengucapkan tahniah buat finalis yang berjaya ke episode akhir nanti.
Published by
Nana