Imej Berniqab, Neelofa Siap Sedia Untuk Fasa Seterusnya?

Share

 

Imej berniqab yang digayakan oleh entrepreneur selebriti, Noor Neelofa pada hari ini di Instagram menimbulkan seribu satu persoalan.

Adakah benar juara Dewi Remaja 2009/2010 itu sudahpun mengubah imejnya?

Spekulasi bertambah kencang apabila ibu Neelofa, Datin Noor Kartini memuat naik sebuah video sebaik sahaja Neelofa memuat naik dua keping foto berniqab termasuk satu untuk kempen Swarovski.

Neelofa merupakan wanita berhijab pertama yang dipilih oleh Swarovski untuk menghiasi papar iklan (billboard) syarikat barang kemas itu.

Tampil dengan hijab dan niqab putih dalam video pendek tersebut, Neelofa dilihat memeluk erat ibunya tanda rasa syukur.

Catat Datin Noor Kartini menerusi posting tersebut, beliau tiada ungkapan selain daripada syukur ke atas Ilahi di atas hidayah yang telah dikurniakan kepada anak kesayangannya itu.

“MashaAllah MashaAllah. Ya Allah, aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untukku. Yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah, syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan. Dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia, amin. Love you bidadariku Neelofa,” catatnya berserta tanda pagar #anakluarbiasa.

Perubahan imej yang ditunjukkan oleh Neelofa ini seakan memberi petanda akan fasa seterusnya yang berlaku dalam hidupnya.

Sebelum ini, Neelofa ada memberikan tanda-tanda awal bersedia untuk menamatkan zaman bujang SEKIRANYA bertemu dengan lelaki yang sesuai.

“Kalau nak diikutkan pada usia saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi. Sebab mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan.

“BAGAIMANAPUN, ia mengikut kepada situasi,” katanya semasa bertemu dengan rakan media baru-baru ini.

Adakah benar Neelofa sudah berseda untuk mendirikan rumah tangga? Dan adakah benar dia mempunyai perancangan tersebut dengan Pencetus Umma (PU) Haris Ismail ataupun PU Riz?

Kita nantikan jawapan daripada empunya badan sendiri. Sama ada fasa seterusnya bermakna menamatkan zaman bujang ataupun fasa peribadi dalam kehidupannya, kami doakan agar perancangan Dewi Lofa dipermudahkan.

Published by
FZ