Pelakon remaja, Puteri Balqis sememangnya dikenali sebagai pelapis industri seni tempatan yang mampu menggalas apa jua watak yang digalas olehnya.
Masakan tidak, pelakon yang mesra dengan panggilan Aqish ini pernah menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014.
Di pihak lain, jurusolek dan usahawan berjaya, Dato Alha Alfa merupakan satu nama yang tidak lagi perlu diperkenalkan lagi dengan serba lanjut.
Sentuhan riasan Alha, 36 amat didambakan oleh ramai wanita terutamanya dalam kalangan selebriti tempatan yang ingin kelihatan istimewa bagi majlis-majlis berprestij termasuklah di hari bahagia mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Berguru Dengan Jurusolek ‘Viral’ Dari Thailand, Netizen Puji Alha Alfa Ada ‘Effort’ Belajar Teknik Baru – REMAJA
Lantas, apabila dua individu berbakat dalam aliran masing-masing ini bergabung tenaga; tak ke meletop gaiss?
Baru-baru ini, Alha telahpun merias Aqish untuk satu look solekan serba fresh dan memuat naik video pendek bagi berkongsi hasil solekan tersebut di Instagram.
Rata-rata pengikut Alha dan Aqish sendiri telah memuji perubahan imej yang berjaya dilakukan hasil solekan tersebut.
Malah, ada juga yang membandingkan imej Aqish dengan golongan puteri diraja dari Thailand. Tidak kurang juga yang melihat persamaan di antara wajah Aqish dengan primadona drama tempatan, Fasha Sandha.
“Ya Allah cantiknya! Ingat orang Thai.”
“Sekali imbas macam Fasha Sandha.”
“Auto nampak aura Princess.. nak sewa tangan Dato!”
“Dari tepi macam Fasha Sandha.”
“Pehhh ingat orang Thailand mana tadi. Lawaaaaanyaaa !!”
Menariknya, Aqish sendiri terpesona dengan hasil tangan Alha dan berterima kasih kepada jurusolek terkenal itu di atas kesudiannya pihaknya untuk menjadikan Aqish sebagai model buat kali ini.
“Terima kasih banyak Dato. Aqish puas hati. Lepas bersihkan makeup, muka Aqish tak ada tumbuh jerawat kecil langsung.
“Biasanya kalau makeup tak kena dengan kulit Aqish, bahagian tepi dahi dengan dagu akan tumbuh banyak jerawat kecil. Nak hilang ambil masa berminggu. Ni muka Aqish clear. Aqish yeppiii,” catatnya.
@remaja.my Melebarkan sayap dalam industri seni sejak kecil, figura seorang ini antara pelakon yang tidak lepas menerima komen segelintir netizen yang beranggapan dirinya agak kurang sesuai untuk membawa karakter dewasa dek kerana usianya yang masih muda. Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis Ashikin yang lebih disapa Aqish, tampil menjawab perkara tersebut ketika ditemui Remaja, baru-baru ini. Tak apa, min tetap suka semua lakonan Aqish! Siapaa lorveee dengan lakonan Aqish jugak! 🙋🏻♀️🙋🏻♀️🫶 #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja
Apa pendapat korang mengenai perubahan imej Puteri Balqis hasil sentuhan Alha Alfa ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.