Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan keterujaannya apabila berpeluang untuk mempelajari seni mempertahankan diri dan aksi pertarungan yang sudah lama diimpikannya.

Aksi itu dilakukan ketika menjalani penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Magisyang bakal dilancarkan pada 7 Oktober nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dilabel ‘Artis Tiada Job’ Hanya Sebab Kerap Buat Live, Asyraf Khalid Tampil Pertahankan Ibu Tiri -“Tahun Ini Saja…”

Impian Jadi Srikandi Tercapai, Siti Nurhaliza Pamer Aksi Seni Bela Diri Curi Perhatian!

Berkongsi video di sebalik tabir pembikinan muzik video itu di platform Instagram pada, pelantun lagi popular Kau Kekasihku itu merakamkan menzahirkan penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama pihak lain yang membantunya mempelajar aksi melawan ala pahlawan srikandi tersebut.

Ads

“Terima kasih guru seni pertahan diri, pelakon utama lelaki bersama saya berlawan, pelakon kanak kanak yang hebat dan semua yang terlibat menjadikan muzik video ini lebih menarik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terfikir Nak Bawa Aafiyah Serius Dalam Bidang Seni” -Siti Nurhaliza

Ads

Impian Jadi Srikandi Tercapai, Siti Nurhaliza Pamer Aksi Seni Bela Diri Curi Perhatian!

“Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi, semoga iadapat diterima baik,” katanya.

Ads

Dalam perkongsian tersebut turut dilihat, Siti memakai busana ala pahlawan wanita dilihat melakukan gerakan mempertahankan diri sambil memegang busur panah.

Sekadar info, Magis bakal dijadikan runut bunyi (OST) drama terbaharu berjudul Hikayat yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran Astro Ceria.

Impian Jadi Srikandi Tercapai, Siti Nurhaliza Pamer Aksi Seni Bela Diri Curi Perhatian!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: IG Siti Nurhaliza
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI