Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan keterujaannya apabila berpeluang untuk mempelajari seni mempertahankan diri dan aksi pertarungan yang sudah lama diimpikannya.
Aksi itu dilakukan ketika menjalani penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Magisyang bakal dilancarkan pada 7 Oktober nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dilabel ‘Artis Tiada Job’ Hanya Sebab Kerap Buat Live, Asyraf Khalid Tampil Pertahankan Ibu Tiri -“Tahun Ini Saja…”
Berkongsi video di sebalik tabir pembikinan muzik video itu di platform Instagram pada, pelantun lagi popular Kau Kekasihku itu merakamkan menzahirkan penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama pihak lain yang membantunya mempelajar aksi melawan ala pahlawan srikandi tersebut.
“Terima kasih guru seni pertahan diri, pelakon utama lelaki bersama saya berlawan, pelakon kanak kanak yang hebat dan semua yang terlibat menjadikan muzik video ini lebih menarik.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terfikir Nak Bawa Aafiyah Serius Dalam Bidang Seni” -Siti Nurhaliza
“Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi, semoga iadapat diterima baik,” katanya.
Dalam perkongsian tersebut turut dilihat, Siti memakai busana ala pahlawan wanita dilihat melakukan gerakan mempertahankan diri sambil memegang busur panah.
Sekadar info, Magis bakal dijadikan runut bunyi (OST) drama terbaharu berjudul Hikayat
yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran Astro Ceria.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.