Meskipun berdepan pelbagai cabaran, penyanyi popular, Aina Abdul nekad menjayakan konsert jelajah pertamanya ‘Aina Abdul Imaji Tour’ di tiga lokasi terpilih Disember ini.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani (31) berkata, segala cabaran yang dihadapi sehingga membuatkan beliau pernah hampir berputus asa, tidak akan mematahkan semangatnya untuk menggapai impian beliau itu.
“Saya tidak sangka akan ‘breakdown’ begini. Apabila sudah bertahun dalam industri, saya perasan dan belajar bahawa bukan mudah untuk membuat konsert di Malaysia, tetapi saya suka membuat persembahan”
“Jadi, saya beritahu pasukan saya, walau apa pun yang terjadi, Aina Abdul Entertainment tetap kekal di sini untuk menjayakan apa yang telah dirancang,” jelasnya dalam nada sebak, pada sidang media konsert jelajahnya baru-baru ini.
Tambahnya lagi, “Ini juga adalah impian saya kerana saya membesar dengan melihat idola-idola saya mengeluarkan album dan membuat persembahan atau konsert mereka sendiri. Jadi, saya juga mahu buat perkara sama demi kepuasan sendiri.”
Menurutnya, konsert jelajah yang diuruskan oleh Altus Prohouse itu juga merupakan sebahagian daripada usahanya memperkenalkan dan mengukuhkan lagi kedudukan album sulungnya ‘Imaji’ yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.
Dalam pada itu, demi menjayakan konsert tersebut di setiap lokasi, pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 ini juga sanggup mengeluarkan dana sendiri bagi memastikan peminat dapat menikmati persembahan terbaik.
Ads
Walau bagaimanapun penyanyi yang dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan itu juga tidak akan menolak jika ada pihak yang mahu memberi tajaan bagi menjayakan jelajah berkenaan.
Konsert jelajah Aina Abdul Imaji Tour anjuran Aina Abdul Entertainment akan berlangsung di tiga lokasi berbeza, iaitu Arena Gemilang, DeTAR PUTRA di Universiti Malaysia Sarawak (14 Dis), Zepp Kuala Lumpur (27 Dis) dan Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah (11 Jan 2025).
Tiket bagi persembahan di UUM dan Unimas dijual pada harga RM100 hingga RM180, manakala tiket konsert di Zepp Kuala Lumpur berharga RM288 hingga RM6,666. Turut tersedia tiket untuk Orang Kurang Upaya pada harga RM268. Tiket boleh didapati dalam talian di www.ticket2u.com.my bermula semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhoeven kini sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Agama Jakarta Selatan membuat keputusan rasmi baru-baru ini.
Baim sebelum ini beberapa kali memohon untuk bercerai dan akhirnya permohonannya diterima oleh pihak mahkamah.
Dalam keputusan tersebut, hakim menyatakan Paula telah berlaku curang dan tidak menghormati suaminya.
“Berkaitan dengan pihak ketiga (curang), majlis hakim menyatakan terbukti.
“Dengan demikian hakim menetapkan pihak termohon (Paula) adalah isteri yang nusyuz, isteri derhaka, tidak menjaga kehormatan sebagai isteri dan mengkhianati hubungan suci suami isteri,” kata Suryana, jurucakap Mahkamah Agama Jakarta Selatan menurut laporan Detik.com.
Selain bercerai, mahkamah juga memutuskan hak penjagaan dua anak mereka akan dibahagi secara bergilir iaitu setiap dua minggu.
Untuk info, Baim dan Paula berkahwin pada tahun 2018. Tapi pada Oktober tahun lalu, Baim memfailkan perceraian dan mendakwa Paula ada hubungan dengan rakan baiknya sendiri. Namun, dia tidak kongsikan butiran lanjut tentang hal itu.
Baru-baru ini, jaguh boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah terus mengharumkan nama Malaysia apabila mencipta sejarah dengan bergelar pemain nombor satu dunia pada Selasa.
Berdasarkan kemaskini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Sementara itu, pemain dari Scotland, Julie Forest, berada di posisi kedua selepas mengumpul 683 mata, manakala Kelsey Cottrell dari Australia berada di tangga ketiga dengan 676 mata.
Nama Nor Farah terus mencuri perhatian selepas beliau berjaya melakar sejarah dengan meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, pada April tahun lalu.
Pemain berusia 24 tahun ini juga turut memberi sumbangan besar kepada skuad negara apabila membantu meraih pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple.
Pada masa yang sama, Izzat Shameer turut menyumbang pingat perak dalam acara individu lelaki.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang anak Sarawak, Eason Eyeo Yik Xing, telah mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih tempat kedua dalam Pertandingan Muzik Antarabangsa Instrumen Tradisional di Taiwan, baru-baru ini.
Eason berjaya memukau para juri dengan alunan indah alat muzik tradisional dari bumi Kenyalang, Sape. Remaja berusia 11 tahun ini tidak hanya membawa pulang pingat, tetapi turut berjaya mempamerkan keunikan budaya Borneo di pentas antarabangsa.
Menurut laporan media tempatan, Eason yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman Elizabeth Bungan, baru sahaja mula mempelajari Sape pada tahun 2023. Walaupun baru berjinak dalam bidang ini, dia sudah mampu memberi impak yang besar dalam pertandingan tersebut.
Eason mengakui bahawa pemain alat muzik Sape ternama seperti Matthew Ngau dan Frederick Maldini menjadi sumber inspirasinya. Dengan semangat dan dedikasi tinggi, dia menjadikan pertandingan ini sebagai pengalaman yang sangat berharga.
“Saya sangat berbangga kerana dapat mempersembahkan Sape di pentas antarabangsa. Ini adalah peluang untuk menunjukkan keunikan alat muzik tradisional Sape kepada dunia,” katanya.
Selain memperkenalkan Sape kepada audiens antarabangsa, Eason juga berjaya menyalakan semangat cinta terhadap muzik tradisional tempatan.
Kata Eason, pertandingan ini turut membuka peluang untuk bertukar pengalaman dengan peserta dari negara-negara seperti Jepun, Hong Kong, Taiwan, Thailand, dan Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Suara Sarawak
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya.Begitulah yang dapat diungkapkan terhadap kejayaan wakil negara Filipina, Alexie Brooks sebelum mengecap kejayaan sebagai Miss Eco International 2025;...