Impian pasangan kembar ini untuk sepentas bersama di hari konvokesyen, tercapai apabila kedua-dua mereka menerima ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Kelas Pertama di Majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM).
Khairina Ismail dan Khairini, graduan cemerlang yang merupakan anak jati Alor Setar, Kedah ini menzahirkan rasa syukur kerana impian sejak melangkah ke alam universiti untuk membanggakan ibu bapa mereka, akhirnya berbayar juga.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Terpaling Cemerlang Sejak Sekolah..” -Graduan PhD Ingin Banggakan Ibu Bapa Tercapai
Selain itu, pasangan kembar yang berusia 24 tahun ini turut menzahirkan perasaan teruja apabila nama mereka berdua terpilih untuk menerima ijazah kelas pertama.
“Syukur Alhamdulillah dan kami berazam untuk untuk berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya bukan sahaja dapat menaiki pentas konvokesyen bersama, tetapi menggenggam ijazah kelas pertama.
“Berkat kesungguhan dan doa ibu bapa serta tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan,
banyak urusan kami yang dipermudahkan-Nya.
“Paling penting, sentiasa mendekatkan diri dengan Allah iaitu melakukan amalan sunat setiap hari bersama-sama sebelum memulakan kelas atau tugasan dengan mengerjakan solat sunat tahajud, sunat hajat, sunat dhuha, membaca Al-Quran dan sebagainya,” katanya.
Khairina dan Khairini antara 812 graduan yang menerima ijazah daripada Pro-Canselor, Yang Mulia Tengku Tan Sri (Dr.) Mahaleel Tengku Ariff pada sesi keempat di Dewan Mu’adzam Shah.
Tahniah REMAJA ucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UUM Today