Gelaran wanita paling diperkatakan sepanjang musim anugerah di Hollywood selayaknya dimahkotakan kepada pelakon filem Everything Everywhere All At Once, Tan Sri Michelle Yeoh.
Michelle, 60 telah berdepan laluan yang agak berliku bagi memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di setiap anugerah berprestij yang dianjurkan. Biarpun terlebih dahulu memenanginya di anugerah Golden Globes, nasib tidak menyebelahinya sewaktu anugerah Critics Choice dan BAFTA apabila saingan terdekatnya, Cate Blanchette membawa pulang kedua-dua trofi bagi kategori tersebut.
Namun, Michelle terus mengungguli di acara Screen Actors Guild (SAGs) Awards selepas itu dan ia merupakan petanda penting untuknya memberi saingan di malam kemuncak Anugerah Akademi ataupun Oscars yang berlangsung pagi ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Menang Screen Actors Guild Awards (SAG), Teruja Hingga Terkeluar Kata-Kata Kesat – REMAJA
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu seperti biasa terus positif dengan peluangnya memenangi anugerah Oscars dan demi merealisasikan impiannya (dan impian seluruh rakyat Malaysia serta penggiat seni berketurunan Asia di seluruh dunia), Michelle mengulang pakai tuah persalinan jenama fesyen dari Perancis iaitu Dior.
Tampil elegan dalam gaun labuh serba putih dengan perincian bulu, Michelle memadankannya dengan jam tangan mewah Richard Mille berwarna putih dan perhiasan berlian daripada Moussaieff Jewellers.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Sebab Mengapa Pencalonan Michelle Yeoh Bagi Pelakon Wanita Terbaik Oscars ‘Legit’ Penting – REMAJA
Sewaktu berada di anugerah SAGs, Michelle telahpun menyarungkan gaun rekaan Schiaparelli iaitu jenama Perancis terkenal yang semakin digemari ramai selebriti Hollywood kerana keunikan konsep Surrealisme yang ditonjolkan.
Namun harus diingat, ketika Michelle tewas kepada Cate di anugerah BAFTA, beliau juga pada waktu itu menyarungkan sut rekaan satu lagi jenama Perancis iaitu Dior.
Justeru, tuah Michelle untuk membawa pulang trofi anugerah Oscars dengan memakai gaun rekaan jenama Perancis pada pagi ini selari dengan ramalan ramai pengkritik fesyen – 50% boleh berpihak kepada Michelle tetapi 50% lagi boleh berpihak kepada pelakon filem Tar, Cate Blanchette.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.