Macam-macam ya perangai penghibur Barat
Kalau nak diikutkan, seni cacah badan (tattoo) dan sebarang jenis pembedahan plastik yang dilakukan oleh selebriti Hollywood kini bukanlah sesuatu perkara baru. Kita umpama sudah terbiasa dengan perangai mereka yang ingin mengubah bahagian tubuh badan mengikut ‘selera’ masing-masing.
ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Kening Cantik Artis Bollywood , Teknik ‘Threading’ Sudah 6000 Tahun Rupanya! – REMAJA
Namun kali ini, keinginan penyanyi rapper dari Amerika Syarikat, Lil Uzi Vert memang lain macam apabila dia memutuskan untuk memasang implan batu berlian pada bahagian tengah dahinya. And the internet just went wild.
Lebih menggerunkan apabila dia memuat naik sekeping gambar dengan darah mengalir dari implan tersebut setelah ia dipasang.
View this post on Instagram
Ramai netizen tampil menyamakan kedudukan berlian itu dengan batu permata Mind Stone yang ada pada dahi Vision, iaitu karakter daripada filem Marvel.
Dalam filem Avengers: Infinity War, Vision terbunuh setelah Mind Stone itu telah diambil oleh Thanos.
Tindakan rapper berusia 26 tahun itu dikhabarkan memakan belanja $USD24 juta ataupun RM97,740,000 untuk nilai berlian merah jambu cair itu saja. Itu belum termasuk kos pembedahan tersebut.
Bagi menanggung kos berlian itu, dia telapun mula membayarnya secara ansuran kepada jenama barangan kemas, Eliantte & Co sejak tahun 2017 lagi dan akhirnya, dia memiliki berlihat itu untuk selama-lamanya pada dahinya.
Dalam muat naik Lil Uzi Vert di Instagram pada 3 Februari lalu untuk menunjukkan implan barunya itu, dia mencatatkan kapsyen berbunyi, “Beauty is pain”.
Demi menjelaskan kepada peminatnya tentang keputusan memasang implan, dia menyebut, “Ini adalah lebih selamat daripada memasang berlian ini kepada cincin. Jika saya hilang cincin itu, kamu akan menggelakkan saya lebih daripada kamu gelakkan saya kerana memasangnya pada dahi…. dan ya, saya mempunyai insurans (untuk berlian tersebut).”
View this post on Instagram