Nama semakin naik semenjak membintangi drama From Saga With Love, pelakon terkenal Ikmal Amry bersyukur peminat mula kenali karya lakonannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Penangan ‘Kuasa’ TikTok, Siti Khadijah Halim Bersyukur From Saga With Love Dipuji Setanding K-Drama!
Bahkan ada segelintir peminat yang sudah mula ‘fangirl’ dengan watak Sham yang dimainkan oleh bekas Hero Remaja 2017/18 ini.
“Bila kita dah kawin ini, harapan untuk orang fangirl
terhadap kita kurang sedikit jadi bila ada peminta yang mula fangirl, ada rasa macam sedikit terkejut. Auto rasa muda sedikit,” selorohnya ketika ditemui di upacara Viu Upfront minggu lalu.Pelakon berusia 29 tahun itu turut berterima kasih kepada penonton yang banyak menyokong selama ini dan pada masa yang sama masih hormat terhadap gelarannya sebagai seorang suami.
“Saya sangat bersyukur dengan penerimaan penonton terutama apabila momen-momen dari drama tersebut tular di aplikasi TikTok. Harapan saya agar sokongan yang diterima oleh From Saga With Love akan berterusan ke musim kedua akan datang,” komennya lagi.
Apabila ditanyakan tentang reaksi isteri tercinta, pelakon lulusan pengurusan perniagaan Universiti Malaya ini merasakan dirinya bertuah kerana mempunyai tulang belakang yang sangat memahami.
“Sejujurnya tiada isu cemburu kerana my wife tengok cerita ini sekali dengan saya dan memang selama ini, dia sangat menyokong karier saya. Apa-apa pun, adalah penting untuk kita sebagai pelakon to be professional dengan rakan lakonan lain, terutama apabila berada di dalam set penggambaran.
“So kita boleh bezakan dengan jelas antara lakonan dan realiti. Tapi in real life
, saya tetap romantik terhadap isteri saya,” selorohnya.BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ikmal Amry