Satu ketika dahulu, produk inai keluarannya pernah mencetuskan fenomena terutamanya semasa beliau melancarkannya buat pertama kalinya. Tambahan pula, ia disebut-sebut sebagai inai yang warnanya boleh bertahan lebih lama berbanding inai semulajadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Bukan Saja-Saja Pakai, Ini 5 Kelebihan Inai Pada Jari & Badan – REMAJA
Pejam celik, dua tahun telah berlalu sejak Innai Nunha Signature Brown menemui pasaran dan siapa sangka, ia akan ditamatkan jualan dalam masa terdekat!
Noor Neelofa menerusi hantaran di Instagram Story membuat pengumuman mengejutkan itu. Sambil berterima kasih kepada pembeli setia perniagaannya, beliau kini menawarkan inai berkenaan pada harga yang cukup berbaloi buat kali terakhir sebelum ia tidak lagi dipasarkan.
“Saya tahu ramai suka Innai Nunha Signature Brown. Korang kata, Innai Nunha Signature Brown yang paling tahan lama. Apa pun, saya rasa cukup dua tahun Innai Nunha Signature Brown di pasaran dan terima kasih pada semua yang menjual dan membeli.”
“Selamat tinggal Innai Nunha Signature Brown. Kita akan buat clearance, kita akan habiskan stok. Tidak akan ada lagi Signature Brown di pasaran daripada Nunha.
“Semua sekali kita nak keluarkan untuk buat stock clearance pada 22 Februari sehingga 24 Februari dari 9 pagi hingga 12 tengah hari di TikTok Live saya.
“Kita akan jual murah sangat. Harga sekotak RM8 dan kalau beli dua kotak, RM5 untuk sekotak. Jadi dua dapat RM10,” ujarnya.
Tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati peminat innai tersebut mengakui bahawa warnanya adalah antara yang paling cantik ditawarkan di pasaran.
“Orang yang suka pakai inai je tahu inai di helok. Tak perlu top up. Colour maintain cantik.”
“Inai Nunha ini walaupun mahal sikit dari yang viral lain-lain tu.. saya rasa berbaloi. Menjadi (dan) tahan lama, warna sekata. Saya beli tak bancuh pun guna botol tu. Bancuh dalam bekas kecil je.”
“Aku nak last order pasni. Memang cantik inai dia, pernah beli 1 set.”
Agaknya, apa pula produk yang akan dikeluarkan oleh Neelofa, PU Riz dan syarikat mereka, NunHa selepas ini ya?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.