India sudah pun mengharamkan aplikasi Tik Tok selepas wujud ketegangan hubungan dengan negara China terutama dalam kes pertempuran maut di sempadan wilayah Pergunungan Himalaya yang menyaksikan 20 tentera maut di sempadan tersebut.
Tidak hanya aplikasi Tik Tok, banyak lagi aplikasi lain seperti WeChat, UC Browser juga menjadi mangsa pengharaman 60 jenis aplikasi oleh India.
Menjadi aplikasi paling tinggi di download oleh rakyatnya seramai 200 juta pengguna di India, nampaknya aplikasi itu hanya tinggal kenangan.
Sudah tentu kita tertanya-tanya mengapa aplikasi popular ini diharamkan sedangkan Malaysia masih lagi onz menggunakannya.
Ternyata inilah sebabnya
Menurut Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India, tindakan mereka mengharamkan aplikasi dari China itu kerana telah mencuri dan menyebarkan data secara diam-diam dengan cara yang tidak dibenarkan ke pelayan (server) yang mempunyai lokasi di luar India.
Ads
Malah sebuah mahkamah di Madras juga sebelum ini sudah memohon kepada kerajaan persekutuan negara itu untuk mengharamkan Tik Tok yang didakwa menggalakkan pornografi dalam kalangan pengguna.
Ermmm patutlah kena ban. Memang kurang sesuai untuk remaja khususnya.
Dalam pada itu, menurut laporan Astro Awani, hubungan ‘panas’ Amerika Syarikat (AS) dengan China nampaknya memasuki satu lagi fasa apabila negara kuasa besar dunia itu sedang 'mempertimbangkan' untuk mengharamkan penggunaan aplikasi media sosial dari Negara Tembok Besar itu termasuk TikTok, lapor CNN.
Ads
Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mendedahkan kemungkinan cadangan tersebut ketika temu bual bersama Fox News pada Isnin, sambil menambah pihaknya memandang serius perkara itu.
“Berkenaan aplikasi milik China di telefon mudah alih orang ramai, saya memberi jaminan kepada anda bahawa AS akan mengambil tindakan terhadap perkara ini juga.
“Saya tidak mahu memberitahu perkara ini di hadapan Presiden (AS, Donald Trump), tetapi ia sesuatu yang sedang kita perhalusi,” demikian katanya.
Mike berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada AS harus mempertimbangkan larangan penggunaan aplikasi media sosial China terutama TikTok.
Ads
Kenyataan Mike dibuat ketika ketegangan antara kedua-dua negara itu semakin meningkat dan merebak termasuk ke arena keselamatan nasional, perdagangan serta teknologi.
Bagaimanapun, setakat ini syarikat aplikasi tersebut masih belum memberi sebarang komen berhubung perkara itu.
TikTok – yang dimiliki oleh startup ByteDance dan berpangkalan di Beijing, berulang kali dikritik oleh pemimpin politik AS yang menuduh aplikasi video pendek itu mengancam keselamatan negara kerana hubungannya dengan China.
Populariti TikTok melonjak di AS dan negara-negara barat lain, sekali gus menjadi platform media sosial China pertama yang memiliki daya tarikan yang signifikan dengan pengguna dari luar negara asal.
Dianggarkan sekitar 65 juta pengguna aktif aplikasi TikTok setiap bulan di AS.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rata-rata rumah di Malaysia mempunyai haiwan peliharaan yang manja dan comel, kucing.
Tapi korang ingat tak bila kucing korang dilahirkan?
Berdasarkan perkongsian dari Public Health Malaysia sebelum ini, purata jangka hayat kucing ialah sekitar 15 tahun iaitu sekitar 76 tahun bagi usia manusia.
Menurut laporan Perthnow, satu rekod baharu bakal tercipta apabila seekor kucing di Turner, Oregon yang berusia 26 tahun dilaporkan menjadi kucing yang paling tua di dunia.
Malah, pemiliknya, Charlie Briggs telah menghubungi Guinness Book of Records, untuk mengesahkan mengenai kucingnya itu.
“Pihak Guinness mengatakan bahawa kucing tertua di dunia yang berada dalam rekod pada ketika ini adalah berusia 24 tahun.
“Saya teruja dan mengatakan bahawa kucing saya lebih tua dua tahun. Dia mungkin boleh ‘menang’ dan dimasukkan di dalam rekod dunia,” kata Briggs.
Difahamkan, kucing yang diberi nama Samm itu telah dipelihara oleh Brigss sejak tahun 2002. Walaupun usianya sudah lanjut namun doktor haiwan mengesahkan bahawa Samm masih lagi sihat dan berada dalam keadaan baik.
Briggs yang teruja telah berkongsikan perkara tersebut kepada rakan-rakannya di media sosial dan mendapat dorongan untuk menyertai rekod dunia itu. Semestinya jangka hayat kucing berbeza jika dibandingkan dengan manusia.
Umur Kucing Dengan Mengira Tahun
Di samping penggunaan formula, boleh buat perbandingan usia kucing dengan manusia mengikut panduan daripada American Animal Hospital Association (AAHA). Usia kucing bolehlah dibandingkan seperti berikut :
Kucing yang berusia 1 tahun bersamaan dengan usia 15 tahun bagi manusia
Kucing yang berusia 2 tahun bersamaan dengan usia 24 tahun bagi manusia (tambah 9 tahun).
Selepas tahun kedua kucing hidup, purata umurnya dalam setahun meningkat seperti 4 tahun untuk manusia.
Contoh : Usia Kucing : 3 tahun ; Usia Manusia 28 tahun (24 + 4 tahun)
Usia Kucing : 4 tahun ; Usia Manusia 32 tahun (28 + 4 tahun)
Menurut AAHA, panduan ini digaris berdasarkan perubahan fizikal dan kelakuan kucing mengikut tahap usianya. Tahap usianya pula dipadankan dengan jangka hayat manusia untuk mendapatkan perbandingan mudah.
Berbanding anjing yang mempunyai pelbagai baka, usia kucing lebih mudah dijangka kerana perbezaan baka yang tidak begitu ketara. Jadi, panduan ini bolehlah diguna pakai untuk kucing dari pelbagai variasi.
Jom kita kira umur kucing peliharaan korang, mana tahu dia lagi tua dari Samm.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Media sosial boleh menjadi medan menterjemah perkara baik dan buruk. Baik apabila sesuatu berita itu disampaikan dengan betul dan berniat kerana Allah taala. Masa yang sama, dunia tanpa sempadan ini juga boleh mencetuskan hura-hara jika berita dinyatakan adalah palsu.
Minggu lalu tular berita mengenai kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhddan kacang cap tangan keluaran syarikat Ngan Yin yang dikatakan tidak halal di media sosial sehingga berita ini menjadi tular.
Dalam memastikan berita ini sahih dan tidak menakutkan pengguna, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan berita rasmi mengenai kedua-dua produk ini.
Halal ke tak halal ya? Ikuti penjelasan dari Bahagian Hab Halal. Apa pun, kalau korang tak pasti tentang sesuatu produk, telefonlah sendiri nombor tertera di bawah sebelum menyebarkannya di media sosial.
Penjelasan berkenaan isu tular penandaan produk tidak halal
Tular minggu ini berkenaan penandaan tidak halal pada produk kuaci dan kacang yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menimbulkan keresahan dan salah faham dalam kalangan pengguna.
Untuk makluman, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijelaskan oleh pihak JAKIM pada 09 Januari 2016:-
bit.ly/PenjelasanIsuLabelProduk
Perlu diketahui bahawa pihak pasaraya juga telah memberi penjelasan berkenaan insiden tersebut kepada pihak JAKIM melalui suratnya yang bertarikh 08 Januari 2016.
Antara lain isi kandungan surat tersebut ialah berkenaan permohonan maaf dari pihak pasaraya atas kesilapan pelabelan pada produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Berdasarkan semakan pihak kami jua, produk kacang keluaran Syarikat Ngan Yin Food Industries Sdn Bhd dan Pagoda Foods (Malaysia) Sdn Bhd serta produk kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.
Justeru, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu pihak yang berautoriti JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan status dan isu-isu halal yang tular di luar sana.
Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal
Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular
Harap maklum dan terima kasih.
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
? pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
30 Mac 2018 M
12 Rejab 1439 H
#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN 3 S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka pada usia 16 tahun, seorang remaja berjaya untuk berdiri di banjaran Caucasus, Rusia yang merupakan puncak tertinggi benua Eropah.
Sara Sofea Muhammad Illaham yang berasal dari Subang, Selangor berjaya tiba di puncak pergunungan Elbrus pada minggu lalu (15 Ogos 2019).
Pada ketinggian 5,642 meter dari aras laut, Sara bukan sekadar menghabiskan misinya pendakiannya. Dia juga diiktiraf oleh Presiden Mountaineering, Rock Climbing & Sports Tourism dari Rusia, Abdul Halim Olimenov kerana kemampuan luar biasa.
Iyalah, baru 16 tahun kot!
Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor ini menjadi pendaki termuda dari Malaysia DAN Asia Tenggara pada misi tersebut.
Apa Rahsianya?
Seperti kebanyakan pendaki gunung setinggi ini, displin dan persediaan rapi adalah kunci kejayaan. 12 jam pendakian yang dilalui oleh Sara bukanlah satu tempoh yang sekejap kerana faktor muka bumi, angin kencang suhu -20 darjah Celcius dan pelbagai lagi.
Sara ditemani oleh bapanya, Muhammad Illaham Ishak dan beliau merupakan Presiden Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJA). Maka tak hairanlah dia berdisplin dengan selok belok pendakian.
2 tahun masa yang diperuntukkan Sara untuk berlatih di bawah tunjuk ajar 2 jurulatih berpengalaman dan berkat doa Sara agar cuaca di gunung menyebelahi mereka, akhirnya misi itu berjaya dicapai.
Selain mereka berdua, terdapat juga pendaki lain dari Malaysia termasuklah pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Muhammad Farhan Abdul Rahman.
*
Untuk pengetahuan korang, pendakian di Gunung Elbrus ini adalah sempena Misi Ekspedisi Belia Merdeka 2020.
Ia adalah satu daripada 7 puncak tertinggi dunia (juga dikenali sebagai 7 Summit) yang ingin ditakhluki oleh rakyat Malaysia sempena Hari Merdeka ke-62 kelak dan Wawasan 2020 pada tahun depan.
Selain itu, pendakian ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi misi antarabangsa ‘Climb For Peace’. Ia adalah sebuah misi kemanusiaan membina perigi dan memberi bantuan kepada mangsa peperangan di bawah kelolaan Aman Palestin.
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...