India sudah pun mengharamkan aplikasi Tik Tok selepas wujud ketegangan hubungan dengan negara China terutama dalam kes pertempuran maut di sempadan wilayah Pergunungan Himalaya yang menyaksikan 20 tentera maut di sempadan tersebut.
Tidak hanya aplikasi Tik Tok, banyak lagi aplikasi lain seperti WeChat, UC Browser juga menjadi mangsa pengharaman 60 jenis aplikasi oleh India.
Menjadi aplikasi paling tinggi di download oleh rakyatnya seramai 200 juta pengguna di India, nampaknya aplikasi itu hanya tinggal kenangan.
Sudah tentu kita tertanya-tanya mengapa aplikasi popular ini diharamkan sedangkan Malaysia masih lagi onz menggunakannya.
Ternyata inilah sebabnya
Menurut Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India, tindakan mereka mengharamkan aplikasi dari China itu kerana telah mencuri dan menyebarkan data secara diam-diam dengan cara yang tidak dibenarkan ke pelayan (server) yang mempunyai lokasi di luar India.
Malah sebuah mahkamah di Madras juga sebelum ini sudah memohon kepada kerajaan persekutuan negara itu untuk mengharamkan Tik Tok yang didakwa menggalakkan pornografi dalam kalangan pengguna.
Ermmm patutlah kena ban. Memang kurang sesuai untuk remaja khususnya.
Dalam pada itu, menurut laporan Astro Awani, hubungan ‘panas’ Amerika Syarikat (AS) dengan China nampaknya memasuki satu lagi fasa apabila negara kuasa besar dunia itu sedang 'mempertimbangkan' untuk mengharamkan penggunaan aplikasi media sosial dari Negara Tembok Besar itu termasuk TikTok, lapor CNN.
Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mendedahkan kemungkinan cadangan tersebut ketika temu bual bersama Fox News
pada Isnin, sambil menambah pihaknya memandang serius perkara itu.“Berkenaan aplikasi milik China di telefon mudah alih orang ramai, saya memberi jaminan kepada anda bahawa AS akan mengambil tindakan terhadap perkara ini juga.
“Saya tidak mahu memberitahu perkara ini di hadapan Presiden (AS, Donald Trump), tetapi ia sesuatu yang sedang kita perhalusi,” demikian katanya.
Mike berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada AS harus mempertimbangkan larangan penggunaan aplikasi media sosial China terutama TikTok.
Kenyataan Mike dibuat ketika ketegangan antara kedua-dua negara itu semakin meningkat dan merebak termasuk ke arena keselamatan nasional, perdagangan serta teknologi.
Bagaimanapun, setakat ini syarikat aplikasi tersebut masih belum memberi sebarang komen berhubung perkara itu.
TikTok – yang dimiliki oleh startup ByteDance dan berpangkalan di Beijing, berulang kali dikritik oleh pemimpin politik AS yang menuduh aplikasi video pendek itu mengancam keselamatan negara kerana hubungannya dengan China.
Populariti TikTok melonjak di AS dan negara-negara barat lain, sekali gus menjadi platform media sosial China pertama yang memiliki daya tarikan yang signifikan dengan pengguna dari luar negara asal.
Dianggarkan sekitar 65 juta pengguna aktif aplikasi TikTok setiap bulan di AS.