Mungkin ramai tidak menyedarinya tapi memiliki leher kehitaman atau dilihat berkerak daki, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan diri sendiri. Ini kerana ia adalah signal anda baka hadapi masalah kesihatan serius.
Baca perkongsian dari The Diagnosa Original ini berkaitan masalah leher hitam khususnya pada individu yang memiliki badan besar atau obes.
Ramai daripada kita perasan yang kawan-kawan kita mempunyai leher hitam seperti dalam gambar ini terutamanya bagi mereka yang berbadan besar. Ada yang risau kepada masalah tersebut dan ada pula yang tak ambil kisah. Tetapi tahukah anda bahawa ia menunjukkan sesuatu dalam badan anda telah berlaku dan ia merupakan ‘predictor’ untuk berlakunya sesuatu pesakit di masa hadapan.
Disini kami ingin menjelaskan beberapa perkara berkenaan hal ini:
Masalah leher Hitam
Masalah leher hitam ini dikenali dengan Acanthosis Nigricans dalam istilah perubatan. Ia berlaku apabila lapisan epidermal di bahagian tersebut lebih cepat terhasil menyebabkan kulit menjadi lebih tebal dan penghasilan melanin menjadi lebih tinggi pada sel kulit dikawasan tersebut menyebabkan ia menjadi lebih gelap.
Tempat yang selalu berlaku
Acanthosis nigricans bukan berlaku dibahagian leher sahaja. Tetapi ia juga boleh berlaku dikawasan ‘pelipat’ yang lain seperti dikawasan ketiak, bahagian atas siku dan bahagian pelipat yang lain.
Ads
Faktor Risiko
Masalah ini selalunya berlaku pada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Ini disebabkan orang yang obese ini mempunyai masalah kerintangan insulin dimana insulin tidak dapat berfungsi dengan efisien. Fungsi insulin adalah untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan.
Disebabkan insulin tidak dapat berfungsi dengan normal, gula dalam badan akan meningkat. Jadi badan pun akan bertindak dengan menghasilkan insulin lebih banyak untuk menurunkan gula dalam badan. Hasilnya dalam badan akan berlebihan hormon insulin daripada yang sepatutnya dan menyebabkan beberapa kesan.
Ads
Kenapa insulin menyebabkan kulit hitam?
Insulin pada kadar yang biasa akan membantu dalam pengawalan gula dalam darah sahaja. Tetapi pada kadar yang tinggi ia boleh bertindak dengan lebih lagi iaitu ia boleh pergi merentasi lapisan kulit hingga ke sel keratinocyte.
Ini akan merangsang sel keratinocyte di kulit untuk membahagi dan menyebabkan kulit menjadi tebal terutamanya kulit dibahagian leher, ketiak dan bahagian pelipat.
Bahkan ia juga akan menyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak pada kawasan kulit tersebut disebabkan kepekatan insulin yang tinggi dalam darah.
Ads
Insulin yang tinggi juga akan menyebabkan penghasilan hormon lain menjadi lebih tinggi iaitu hormon ‘Insulin-like Growth Factor'(IGF). Hormon ini yang tinggi juga akan menyebabkan kesan yang sama iaitu kulit menjadi tebal bahkan kekuatannya lebih 100 atau 1000 ganda lebih kuat berbanding hormon insulin.
Leher hitam maksudnya anda mudah kena kencing manis
Jadi nak cerita mereka yang mengalami masalah kulit seperti ini berkemungkinan besar akan mengalami penyakit Kencing Manis disebabkan insulin dalam badannya tidak dapat berfungsi dengan normal
Penyakit lain Bahkan mereka yang mengalami masalah ini juga sebenarnya mungkin mengalami penyakit yang lain seperti hipotiroid, PCOS, Masalah kalenjar adrenal dan beberapa masalah hormon yang lain
Jadi jika anda mempunyai simptom-simptom yang lain dan ianya pelik. Anda perlu ceritakan kepada doktor anda. Kerana ia boleh merujuk kepada penyakit lain seperti hipotiroid, penyakit cushing’s, penyakit addison’s dan beberapa jenis kanser.
Apa kena buat jika leher anda hitam?
Jadi apa nak buat ni? Pertamanya jika anda obese, anda boleh periksa di klinik kesihatan sama ada anda sudah mengalami kencing manis ataupun tidak. Jika anda tiada kencing manis, ia membawa maksud mungkin hanya menghadapi kerintangan insulin sahaja. Maka perkara yang seterunya anda buat adalah anda kena kurangkan berat badan. Sumber : The Diagnosa Original.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang tidak selesa bila badan mulai panas. Ditambah batuk dan selsema yang hadir dalam pakej yang sama.
Bagi yang bekerja, kita akan bertemu doktor untuk dapatkan ubat selain surat sijil sakit. Masalah batuk, selesema dan demam ini adakalanya melarat ke dua tiga hari. Paling kasihan jika melibatkan kanak-kanak.
Ternyata perkongsian dari Public Health Malaysia mengenai khasiat GARAM yang mana ia merupakan penawar bagi demam, batuk dan selsema buatkan terfikir-fikir tentang khasiatnya.
Garam kasar selalu digunakan dalam masakan gulai. Apa kata lepas ini beralih kegunaan sebagai agen antibiotik. Boleh juga guna garam halus
Baca perkongsian ini.
Sekiranya anda mengalami demam selsema ( demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema), air garam merupakan antara rawatan yang berkesan dan mudah.
Bagaimana ia bertindak?
Sel tubuh akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.
Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.
Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.
Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini,
– jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
– risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
– dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
– dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik
Secara purata, seorang individu akan mengidap demam selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sebut botox, mulalah ramai yang berfikir macam-macam tentang suntikan untuk kecantikan kulit wajah ini. Dah jadi perkara biasa dalam masyarakat kita, bila orang suntik botox tu semua nak cantik je.
Tapi tahu tak korang sebenarnya ada beberapa kebaikan botox yang mungkin masyarakat tak tahu?
Menurut Dr Kamarul Ariffin, Botox (botulinum toxin) sebenarnya adalah sejenis toksin yang dihasilkan oleh bakteria- Clostridium Botulinium. Toksin ini boleh menyebabkan kelemahan dan kelumpuhan otot-otot pada manusia dan haiwan jika dijangkiti Clostridium Botulinum. Toksin ini diasingkan dan dibuat menjadi suntikan.
Berikut merupakan 8 kebaikan Botox selain daripada untuk kecantikan wajah.
1. Rawat kedutan muka
2. Rawat migrain kronik
3. Rawat Hiperhidrosis
4. Rawat Blepharospasm
5. Rawat leher teleng
6. Rawat Spasticity
7. Rawat pundi kencing overaktif
8. Rawat Vaginismus
Lucu pula doktor ni, katanya yang last tu tak payah gambarlah. Hehe! Apa-apa pun, mesti ramai yang baru tahu rupa-rupanya botox tu bukan sekadar suntikan untuk bagi kulit jadi cantik. Pendek kata, bukan hanya bertujuan untuk kecantikan sahaja.
Itulah orang kata, kalau tak ada ilmu, tak salah kita belajar kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah jadi kebiasaan masyarakat kita bila beli air di kedai, dibungkus dengan plastik ‘ikat tepi’ kerana ia lebih mudah dan kos yang agak murah bagi si penjual.
Namun begitu, korang tahu tak sebenarnya minum di dalam plastik boleh memberi sedikit sebanyak kesan kepada kesihatan?
Menurut thediagnosa.com, seorang pensyarah dan juga Ahli toksikologi Universiti Malaya, Prof Dr Mustafa Ali menyatakan bahawa plastik bungkusan bukan saja tidak bagus untuk alam sekitar, malah kompaun pada plastik tersebut masih lagi tidak dibuktikan selamat.
Plastik mengandungi kompaun Bisphenol A (BPA) yang boleh meresap dan larut ke dalam makanan ataupun air apabila bersentuhan dengan lemak seperti dalam susu atau pun pada daging, bersentuhan dengan bahan yang mempunyai asid seperti air oren dan juga air limau, serta air panas seperti teh tarik dan kopi juga boleh menyebabkan kompaun BPA pada plastik tersebut meresap ke dalam air minuman.
Gambar hiasan
Fungsi BPA
BPA adalah salah satu kompaun yang digunakan dalam plastik untuk menjadikan plastik itu lebih kuat dan mengelakkan ia menjadi kekuningan. Pendedahan pada manusia dalam jangkamasa yang lama boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah tiroid dan kencing manis.
Malah, bahan ini juga boleh menganggu kesuburan seseorang terutamanya lelaki kerana BPA juga boleh bertindak seperti hormone estrogen yang akan menganggu fungsi reproduktif seorang lelaki.
Gambar hiasan
Kalau korang sedia maklum, penggunaan BPA ini telah diharamkan pada botol susu pada tahun 2012, tetapi ia masih lagi digunakan pada plastik yang lain termasuklah plastik bungkusan air.
Individu yang terdedah pada bahan ini sejak kecil mungkin akan menyebabkan mereka mengalami masalah kesuburan ketika besar.
Masih tidak selamat
Walaupun ada sesetengah syarikat plastik membantah perkara ini dan menyatakan bahawa mereka masih mengikuti piawaian daripada FDA dan walaupun kompaun BPA dalam plastik tersebut adalah sangat rendah, tetapi ia masih lagi tidak dibuktikan selamat pada manusia.
Ha, bahaya rupanya penggunaan plastik yang kita guna dalam kehidupan seharian ni. Sebaiknya korang boleh menukarkan bungkusan tersebut kepada bekas lain yang lebih mesra alam dan tidak memberi kesan pada kesihatan kita.
Cuba ambil inisiatif sendiri untuk membawa bekas yang lebih selamat digunakan jika hendak membeli makanan berbungkus di kedai.
Kalau korang berjaya mengamalkan cara hidup seperti ini, ia bukan saja dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan, malah korang juga sedang berusaha untuk menyelamatkan alam sekitar.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pempengaruh terkenal, Azfar Heri meluahkan rasa terkejut apabila terdapat segelintir warga internet yang memberi komen negatif mengenai perbandingan rumah terbuka sehingga sampai...