Hari ini di media sosial kecoh orang bercerita bagaimana seorang YouTuber, secara terus terang menyebut nama seorang individu di media sosial miliknya. Dalam videonya jelas bagaimana YouTuber ini menggunakan kata-kata makian terhadap individu ini dengan bahasa yang tidak sanggup REMAJA siarkan.
Mungkin ramai tidak perasan, memalukan individu adalah satu perbuatan jenayah yang harus dihentikan segera. Ia tidak boleh menjadi budaya di negara ini walau kita merasakan kita betul dan individu itu salah. Jika Allah masih menyimpan aib kita, kenapa kita harus memperkatakan aib orang secara terbuka di media sosial.
Hal video ini telah mendapat perhatian dari seorang peguam terkenal, Nor Zabetha Muhamad Nor yang telah menulis di fbnya mengenai budaya ini dan telah menghantar mesej secara peribadi kepada individu dimalukan untuk tindakan dari segi undang-undang dibuat.
Betul seperti kata peguam ini, budaya memaki hamun orang lain tidak boleh dinormalisasikan dan menjadi budaya kita. Sebaliknya ia perlu dihentikan segera.
Baca pandangan dikongsikan di fbnya.
Apabila menonton video kata-kata maki hamun oleh seorang social media influencer terhadap seorang wanita, saya yang jadi naik angin.
Setiap patah perkataan penuh dengan kata-kata makian, hinaan, cercaan.
Ads
Disamakan dengan seekor babi, ditunjukkan gambar yang diviralkan beserta keluarga wanita itu. Dihina wanita itu sehina-hinanya.
Saya cuba mesej peribadi mangsa untuk sama-sama ambil tindakan. Bagus untuk pengajaran.
Bagaimanalah orang begini masih lagi diangkat?
Kalau beginilah ikon di sosial media, bagaimana pula pengaruh yang dibawanya itu?
Sewaktu naik tadi ke pejabat tadi, saya lalu di sebelah dua orang yang sedang bersembang. Seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki Cina.
Ads
Sapaan lelaki Melayu, "Wah!U sudah betul-betul gemuk sekarang. Apa pasal makin gemuk sekarang? You mesti banyak sangat makan babi. Itu pasal gemuk. Banyak makan babi ke?".
Saya sahaja memasang telinga, hendak mendengar jawapan lelaki Cina ini. Jawabnya, macam segan-segan "Mana ada makin gemuk. Ini biasa saja". Mungkin mereka hanya bergurau atau itu cara-cara sembang mereka tetapi masih saya rasakan cara sembang begitu tidak kena. Kalau terkena dengan sejenis manusia yang kaki sentap bagaimana? Boleh jadi punca bergaduh.
Bayangkan kalau cakap-cakap begini menjadi ikutan majoriti masyarakat kita. Tidak berlapik, main pakai sembur, tidak manis.
Ads
Dek kerana ramai ikon-ikon sosial media yang diangkat sehingga boleh menyebabkan normalisasi budaya memaki hamun dan mencarut begini. Mereka rasa maki hamun itu hebat dan berani.
Saya teringat video seorang wanita yang dikenali di sosial media, yang memaki hamun pengawal keselamatan kerana tidak dapat pelitup muka percuma. Sudah puas mengamuk dan menyumpah seranah, akhirnya dia dapat pelitup muka.
Adik wanita ini memuat naik di sosial media, rasa bangga ada kakak seperti ini. Betapa perbuatan wanita itu menyebabkan mereka memperoleh pelitup muka di akhirnya.
Mesej yang saya lihat disini, mereka sampaikan hendak dapat sesuatu perlu maki hamun dan buat bising. Entah apa-apa. Fahaman yang salah pada generasi muda.
Saya berharap sangat jenis begini tidak dipopularkan. Berhenti mempopularkan mereka ini. Oleh Nor Zabetha.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pusat pelancongan terkenal Indonesia, Bali khabarnya akan dibuka semula untuk pelancong antarabangsa dari China, Jepun dan Korea Selatan pada pertengahan bulan ini susulan jumlah kes positif COVID-19 yang semakin menurun di negara republik itu.
Menteri Kanan, Luhut Panjaitan memaklumkan pelancong pelancong dari New Zealand, Qatar dan UAE juga dibenarkan untuk mengunjungi Indonesia melalui penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di pulau pelancongan itu mulai 14 Oktober depan.
Pelancong perlu memenuhi kriteria dan syarat mengenai kuarantin, ujian COVID-19 dan semua pelancong antarabangsa perlu menunjukkan bukti hotel yang ditempah untuk kuarantin sekurang-kurangnya lapan hari dengan perbelanjaan sendiri.
Sebelum ini, pembukaan semula Bali ditunda beberapa kali apabila republik itu seang berjuang melawan penularan COVID-19, terutama varian Delta yang mudah merebak.
Indonesia juga menetapkan peraturan kemasukan pelancong antarabangsa dengan meminta bukti sijil lengkap vaksinasi sebelum membenarkan kemasukan visa luar dan pelancong dari seluruh dunia.
Nampak beberapa negara jiran kita sudah mula membuka sempadan negara mereka untuk pelancong luar negara. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan tiada kes penularan wabak COVID-19 yang berlaku nanti.
Lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkerjaya dan dah meninggalkan bidang pendidikan untuk beberapa lama. Niat di hati memang nak sambung belajar, cuma kadang timbul rasa ragu-ragu.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Sitijamil92) yang merupakan seorang isteri dan juga pendidik baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik).
Permintaan tahap pendidikan dalam bidang pendidikan semakin lama semakin tinggi. Dahulu ada diploma boleh jadi pensyarah politeknik sekarang semua perlu sambung degree malah lebih lagi.
Menurutnya, pengajian tersebut yang diambil selepas bekerja merupakan suatu keputusan yang tepat kerana permintaan dalam bidang pendidikan semakin mendapat perhatian dan memerlukan kelulusan lebih tinggi.
Tidak salah untuk kita mengejar lebih banyak ilmu kerana kemajuan teknologi juga membuatkan para pengajar perlu seiring dengan zaman IT yang dilalui oleh para pelajar.
Kelebihan sambung ke peringkat ijazah sarjana
Menurut wanita ini, banyak juga kelebihan sambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pendidikan. Antaranya:
1. Proses pengajaran semakin kreatif
Untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana, anda perlu membuat banyak kerja lapangan serta kajian untuk mendalami tentang sesuatu topik. Proses ini dapat memberikan pelbagai pengalaman yang boleh menjadikan pengajaran lebih kreatif serta jelas dan mudah difahami.
2. Persediaan untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsasah (PhD)
Sebelum boleh menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD), anda perlu menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana terlebih dahulu. Proses bagi kedua-dua peringkat pendidikan juga hampir sama.
3. Perbezaan gaji mengikut tahap pendidikan
Senang kata, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka semakin tinggi juga gaji mereka dalam sesuatu bidang.
Bila kita mengambil keputusan untuk sambung belajar, biarlah niatnya betul. Sebab bukan semua orang kuat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga tamat. Pembelajarannya juga tidak sama seperti ketika anda di peringkat ijazah sarjana muda.
Jadi kepada anda yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana, good luck!
Namun begitu, thread ini hanyalah pandangan peribadi beliau saja dan tidak menggambarkan pandangan umum. Jadi, korang fikir-fikirlah sendiri ya?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seperti yang diramalkan oleh banyak pihak, Mira Filzah nyata mempunyai kelebihan pada malam ini setelah pelakon manis tersebut diangkat sebagai Bintang Paling Popular 2019.
Berlangsung di Putrajaya Convention Centre, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 telah mengiktiraf Mira sebagai penerima anugerah tertingginya dengan undian sebanyak 6,320,463.
Foto: BH Online
Sebelum menerima anugerah daripada penyanyi, Aisyah di kemuncak acara sebentar tadi, Mira terlebih dahulu dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dan Pelakon Filem Wanita Popular.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki ini kepada Allah SWT. Anugerah ini adalah untuk emak abah, Meeracle Legacy, Mira Biru. Terima kasih juga kepada pihak media yang tidak putus-putus menyokong kerjaya Mira sepanjang 4 ke 5 tahun ini.
Mira membuktikan popularitinya pada tahun ini setelah hamper kesemua projek drama lakonannya ‘menjadi’. Ia bermula sejak tayangan filem Rise: Ini Kalilah, Sangkar, drama Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda, dan terbaru drama Sweet Dreams.
Selain hebat di hadapan kamera, Mira juga perlahan-lahan menjadi ikutan peminat fesyen berhijab di Malaysia setelah gaya tudung dan pemakaiannya mudah diterima terutamanya oleh remaja perempuan.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...