Kediaman yang bersih bukan hanya untuk sedap mata memandang, malah ia turut membuatkan kita rasa selesa berada di rumah sendiri. Kebiasaan daripada kita menggunakan vacuum bagi tujuan membersihkan rumah kerana ia lebih mudah untuk menyedut segala kekotoran.
Terdapat beberapa jenis vacuum yang ada di pasaran, termasuklah upright, canister, handheld, cordless, robotic dan banyak lagi. Jika sebelum ini, masyarakat kita sudah terbiasa menggunakan vacuum jenis canister, handheld dan juga cordless
, kini nampaknya ramai yang sudah beralih kepada vacuum jenis robotic.Beberapa tahun lepas, harga robot vacuum ini menjangkau sehingga ribuan ringgit, namun kini ia boleh didapati dengan harga bawah RM100. Tapi, bila harganya murah seperti itu, janganlah korang bandingkan dengan robot vacuum yang berjenama. Hiks!
Bagi yang baru nak mencuba atau sedang tercari-cari robot vacuum ini, korang boleh lihat perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rozy Mohd Saleh. Jelasnya, kenapa dia memilih robot vacuum ini adalah kerana ia bukan hanya boleh vacuum, malah mengemop rumah sekali.
Xiaomi Robot Vacuum Mop ini mempunyai dua jenis dalam kategori harga mampu milik yang kurang daripada RM1000. G1 dan 1C. Setelah membuat sedikit pencarian, Rozy memilih jenis 1C kerana ia ada banyak kelebihan berbanding G1.
Harganya sewaktu promosi dalam RM699 dan kalau tanpa promosi, sekitar RM700+ atau RM800+ bergantung pada kedai di Shopee itu juga. Warranty boleh pilih nak berapa tahun tapi kena bayar lebih sikitlah. Kalau yang biasa, normal warranty 1 tahun.
Kalau nak tahu penjelasan lebih lanjut, korang boleh lihat video dan gambar di bawah.
Okay, layoqqqqqqq..
(tukaq tajuk sebab kawan kata aku melayoq 😆😆)Duk aim lama dah robot ni. Tu yang menega sakan….
Posted by Rozy Mohd Saleh on Monday, February 8, 2021
Amacam, menarik kan? Nah, apa lagi kalau duit dah cukup bolehlah terus beli. Bagi yang masih berkira-kira lagi, tak mengapa, korang sempat menabung lagi ok?
Sumber: Rozy Mohd Saleh