
Sukan SEA 2027 bakal tiba dan paling menarik negara kita bakal menjadi tuan rumah sukan berprestij ini.
Ini adalah peluang terbaik untuk korang yang muda, bertenaga, dan bersemangat nak jadi sukarelawan! Nak tahu apa yang korang perlu buat? Jom ikuti tip penting yang dikongsi oleh seorang bekas sukarelawan Sukan SEA.

Baru-baru ini, salah seorang pengguna X (@hanalah_) telah berkongsi tips kepada mereka yang mahu memohon sebagai sukarelawan bagi acara Sukan SEA pada tahun 2027 akan datang.
Jelas individu itu, tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalamannya sebagai salah seorang sukarelawan pada Sukan SEA di Malaysia pada tahun 2017.
Difahamkan, permohonan untuk menjadi sukarelawan akan dibuka satu tahun sebelum temasya sukan itu berlangsung.
Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Permohonan?
Semasa membuat permohonan, mereka perlu memilih jenis sukan yang ingin diuruskan sebagai sukarelawan atau semasa acara pembukaan mahupun penutup.
Sekiranya permohonan diluluskan, pihak penganjur akan memanggil anda bagi menyertai kursus selama satu hari di lokasi ditetapkan untuk memberi penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul.
Jika anda tidak menghadirkan diri pada hari tersebut, hasrat untuk menjadi salah seorang sukarelawan terpaksa dibatalkan.
Baju dan pas untuk digunakan semasa acara berlangsung akan diberikan apabila tarikh majlis semakin menghampiri.
korang yg nak apply, ni based on sea games kl2017 (ape yg saya ingat lah) nanti dlm 1 year bfr event tu, diorang akan open applications for volunteers. So tunggu je diorang ni buat website rasmi, pastu keep updated utk tarikh application https://t.co/SsTwwNRCwb
— wz’s👰♀️ (@hanalah__) August 28, 2024
Satu lagi pengguna (@theananuna) memberitahu bahawa pemohon perlu menduduki ujian psikometrik.
Katanya, tugasan yang diberikan akan diselarikan dengan personaliti berdasarkan ujian tersebut.
Tambah satu lagi. Ada ujian psikometrik. Sebaiknya jawab elok2 dan betul2 supaya tugasan dapat nanti kena dengan personaliti korang. Masa ni pun ditapis betul2 sama ada layak sbg volunteers atau tak https://t.co/LD5vMqGDxE
— 안나 김 (REST) 🌠 (@theananuna) August 28, 2024
Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA 2027.
Keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganjuran di Kuala Lumpur itu akan turut dilakukan dengan kerjasama tiga buah negeri lain termasuklah Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang.
BACA LAGI :Penyokong Jepun Tular Di Piala Dunia 2022, Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bapa Borek Anak Rintik, Romeo Beckham Curi Tumpuan Beraksi Di Padang Bola

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat bermain bola sepak David Beckham nampaknya diturunkan kepada anak sulungnya, Romeo Beckham yang kini sedang berjinak-jinak dalam dunia sukan bola sepak.
Baru-baru ini, remaja berusia 19 tahun ini telah muncul dalam aksi sulung secara professional di perlawanan bola sepak Amerika Syarikat.
Romeo menandatangani kontrak dengan pasukan simpanan Inter Miami, Fort Lauderdale dengan menyarung jersi bernombor 11.
Sebelum ini, Romeo dikenali sebagai seorang model fesyen, namun kini dia nampaknya sudah bergiat aktif dalam bidang bola sepak kerana dia sering memuat naik foto di atas padang bola.
Rata-rata pengikut memberikan komen semangat buat Romeo dan berharap agar dia mampu mencapai kejayaan seperti ayahnya, David Beckham.
Sumber: (1)
Penghantaran Terus Ke Rumah, 7 Kedai Aiskrim Boleh Order Dekat Shopee

OMG, baru tahu boleh order aiskrim secara online!
Craving nak makan aiskrim tapi malas nak keluar di tempat awam dimusim Covid-19 ni? Jangan risau, kini korang boleh mendapatkan aiskrim favourite korang dengan perkhidmatan atas talian Shopee.
Cuma pilih, bayar dan penghantaran terus ke rumah untuk korang menikmati kelazatan aiskrim tanpa perlu keluar rumah kerana masih patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.
Confirm terliur kan? Bagaimana nak buat pesanan? Mudah saja, korang boleh terus ke aplikasi Shopee dan taip nama 7 kedai aiskrim pilihan.
1.NESTLE ICE CREAM
Link: Klik sini
2. WALL’S ICE CREAM
Link: Klik sini
3. POPS MALAYA
Link: Klik sini
4. POLAR ICE CREAM
Link: Klik sini
5. UTTERLY ICE CREAM
Link: Klik sini
6. LET’S CHILL
Link: Klik sini
7. JOCOM OFFICIAL STORE
Link: Klik sini
Ha, mudah sahaja kan? Lepas ni korang boleh la wfh sambil makan aiskrim kegemaran. Tapi kalau penimbang berat bertambah angka jangan salahkan penulis tau. Hiks!
Sumber: Info Terkini
4 Dekad Dalam Industri, G-Shock Tampil ‘All- Out’ Berkolaborasi Bersama 88Rising

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama jam G-Shock dari Jepun?
Tidak kira anda peminat jam atau tidak, jenama jam tangan G-Shock cukup terkenal kerana kualitinya.
Dilahirkan daripada keinginan untuk mencipta jam tangan yang tidak pernah rosak,
Casio G-Shock dikenali sebagai “jam tangan paling tahan lasak di planet ini” dalam kalangan die hard watch collector keliling dunia. Fuiyohhhh…..
ARTIKEL BERKAITAN: Unnie! Sandara Park Teruja Bersama 2NE1 Hingga Kasut Tercampak Di Coachella
Selasa lepas, jenama jam terkenal ini meraikan ulang tahun ke-40 secara besar-besaran di Pavilion Kuala Lumpur dengan mengadakan lawatan pop-up store yang turut menampilkan koleksi terbaru mereka dengan artis rakaman syarikat muzik Amerika Syarikat, 88rising.
Lawatan ini dimaklumkan akan mendarat sehingga 29 Oktober dan boleh dikunjungi oleh orang ramai yang berminat untuk melihat sendiri koleksi terbaru jenama jam tangan ini.
Antara koleksi jam tangan yang dipamerkan adalah siri Clear Remix, siri Remaster Black, siri Recrystallized series, siri Adventurer’s Stone, siri Flare Red dan kerjasama G-SHOCK x Eric Haze yang dinanti-nantikan selama ini.
Sebaik sahaja pengunjung menjejakkan langkah ke Centre Court Pavilion Kuala Lumpur, pameran berbentuk G-SHOCK 2100 tersergam indah yang turut mempamerkan sejarah perjalanan jenama jam terkenal tersebut selama hampir 40 tahun.
Acara pop-up tersebut juga menampilkan potret beberapa artis daripada syarikat rakaman muzik terkenal itu termasuk Rich Brian, Warren Hue, Spence Lee, Dumbfounded, Ylona Garcia, Milli, Atarashii Gakko!, Niki, dan Stephanie Poetri.
Potret artis tersebut turut menyampaikan intipati legasi G-SHOCK sambil menonjolkan asal usul artis dan intipati inspirasi reka bentuk jam tangan dari koleksi tersebut. Memang wowzers sangat!
Pengunjung turut berpeluang membeli jam tangan edisi terhad G-SHOCK x 88rising bersama sehelai t-shirt keluaran khas, berharga MYR 139 setiap satu.
Jadi apa anda tunggu lagi? Ayuh bergaya bersama jam tangan eksklusif keluaran G-Shock!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Casio, G-Shock