Sukan

Individu Kongsi Tip Jadi ‘Volunteer’ SEA Games 2027 – ” Ada Ujian Psikometrik…”

Share

Sukan SEA 2027 bakal tiba dan paling menarik negara kita bakal menjadi tuan rumah sukan berprestij ini.

Ini adalah peluang terbaik untuk korang yang muda, bertenaga, dan bersemangat nak jadi sukarelawan! Nak tahu apa yang korang perlu buat? Jom ikuti tip penting yang dikongsi oleh seorang bekas sukarelawan Sukan SEA.

Sukan SEA 2017 ( Sumber: Vision KL)

Baru-baru ini, salah seorang pengguna X (@hanalah_) telah berkongsi tips kepada mereka yang mahu memohon sebagai sukarelawan bagi acara Sukan SEA pada tahun 2027 akan datang.

Jelas individu itu, tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalamannya sebagai salah seorang sukarelawan pada Sukan SEA di Malaysia pada tahun 2017.

Difahamkan, permohonan untuk menjadi sukarelawan akan dibuka satu tahun sebelum temasya sukan itu berlangsung.

Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Permohonan?

Semasa membuat permohonan, mereka perlu memilih jenis sukan yang ingin diuruskan sebagai sukarelawan atau semasa acara pembukaan mahupun penutup.

Sekiranya permohonan diluluskan, pihak penganjur akan memanggil anda bagi menyertai kursus selama satu hari di lokasi ditetapkan untuk memberi penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul.

Jika anda tidak menghadirkan diri pada hari tersebut, hasrat untuk menjadi salah seorang sukarelawan terpaksa dibatalkan.

Baju dan pas untuk digunakan semasa acara berlangsung akan diberikan apabila tarikh majlis semakin menghampiri.

 

Satu lagi pengguna (@theananuna) memberitahu bahawa pemohon perlu menduduki ujian psikometrik.

Katanya, tugasan yang diberikan akan diselarikan dengan personaliti berdasarkan ujian tersebut.

 

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA 2027.

Keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganjuran di Kuala Lumpur itu akan turut dilakukan dengan kerjasama tiga buah negeri lain termasuklah Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang.

BACA LAGI :Penyokong Jepun Tular Di Piala Dunia 2022, Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih! 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN