Individu Lengkap Dos Vaksinasi Dibenarkan Ke Singapura Tanpa Kuarantin

Share

Berita baik buat si kaki travel apabila kerajaan mengumumkan individu yang sudah lengkap mendapatkan dua dos vaksin COVID-19 boleh mengunjungi negara jiran, Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 November depan.

Foto: Visit Singapore

Kebenaran ini adalah menerusi skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) seperti yang  diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan bersama.

Bagaimanapun, VTL yang membabitkan laluan udara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu tertakluk kepada keputusan ujian COVID-19 sebagai ganti menjalani kuarantin atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Foto: The Jakarta Post

Perdana Menteri Malaysia dan Singapura bersetuju menyambung perjalanan rentas sempadan secara progresif antara kedua-dua negara dengan cara yang selamat.

Ismail Sabri dan Hsien Loong juga berharap dapat memulihkan perjalanan merentasi sempadan darat antara dua negara ini dalam masa terdekat.

Nampaknya, buat masa sekarang rakyat Malaysia hanya boleh ke Singapura dengan menaiki pesawat sahaja. Okaylah tu,

hampir dua tahun kita tidak ke sana dan begitu juga rakyat Singapura yang tidak dapat memasuki negara kita.

Bolehlah kalau nak booking tiket flight Hiks! Tapi Sebelum melakukan penerbangan, pastikan korang tahu prosedur yang ditetapkan oleh negara tersebut okay?

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman