Individu Transgender Direman Akan Masuk Ke Lokap Lelaki Atau Perempuan?

Share

 

Tular hari ini apabila seorang pengasas kosmetik dan rakannya dilaporkan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan polis.

Ia selepas mereka didakwa berkomunikasi berbaur lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur; masing-masing berusia 14 tahun dan 15 tahun.

Individu yang dikenal pasti sebagai Mohd Saifuddin Ilias atau lebih popular dengan nama panggilan @safieyillias94 di Instagram telah direman bersama seorang lagi rakannya, @pipinatasha yang juga berusia dalam lingkungan 20-an setelah satu laporan polis diterima berhubung perbuatan tidak bermoral yang didakwa dilakukan oleh mereka berdua.

Mereka berdua ditahan mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanaka 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia. Perintah reman itu akan dikuatkuasa bermula hari ini sehinga 13 Jun bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun jika siasatan dapat dihabiskan lebih awal, maka mereka boleh dibebaskan sebelum 13 Jun.

*

Satu persoalan yang berbangkit di media sosial setelah mereka direman adalah mengenai perletakan @safieyillias94 dan @pipinatasha di dalam lokap tahanan semasa siasatan dilakukan.

Seperti yang diketahui, mereka berimej transgender. Malah ketika tiba di lokap polis, mereka masih kekal dengan imej sebegitu biarpun berpakaian banduan serba ungu.

Untuk pengetahuan, warna ungu ini adalah dikhusukan untuk banduan reman yang sedang menjalani proses pembicaraan mahkamah. Selagi hukuman pesalah belum diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika mereka dijamin.

Berbalik kepada soalan yang hangat ditanya oleh warganet iaitu sama ada dua individu tersebut akan diletakkan dalam tahanan lokap lelaki ataupun lokap wanita.

Jika korang masih ingat pada tahun lalu sewaktu penyanyi kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang juga berimej transgender ditahan, pihak polis di sana juga bingung lokap jantina yang mana satu untuk menahannya selama 20 hari atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Akhirnya, Lucinta ditahan di sebuah sel khas yang tidak membabitkan tahanan lain. Ini demi menjamin keselamatan fizikal dan mental tahanan tersebut yang sudah menjadi kewajipan pihak polis.

Justeru, dengan penahanan @safieyillias94 dan @pipinatasha ini, penulis positif bahawa mereka berdua  diletakkan di sebuah sel khas tanpa kehadiran banduan lelaki atau perempuan yang lain.

Mind you, Malaysia ialah sebuah negara yang menolak dasar luar pentadbiran Amerika Syarikat yang mahu mempromosikan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan berlainan (LGBTQ+) di seluruh dunia. Perkara tersebut telahpun diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada awal tahun ini.

BEGITUPUN, pendekatan kekeliruan yang dihadapi oleh LGBTQ+ seperti yang berlaku dalam isu perletakan lokap jantina yang mana satu ini kata beliau masih perlu ditangani tanpa kekerasan dan perlu prihatin terhadap golongan tersebut.

Ini bermakna, bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, sebaik-baiknya banduan transgender perlu diletakkan dalam kurungan sendirian.

Sumber : (1) (2) (3)

Published by
FZ