Individu Yang Cuba Rentas Negeri Untuk Balik Ke Kampung Ramadan Ini Akan Terus Disaman

Share

Tinggal lebih kurang beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut bulan puasa dan ini merupakan tahun kedua kita berpuasa dalam situasi pandemik COVID-19.

Nampaknya, masyarakat Malaysia masih lagi tidak boleh menyambut Ramadan bersama keluarga tersayang sekiranya mereka tinggal berjauhan kerana PDRM akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba untuk merentas negeri pulang ke kampung.

Ini bermakna, tidak ada gambaran bahawa kita semua boleh menyambut Ramadan tahun ini bersama keluarga di kampung kan?

Menurut Berita Harian, setakat ini terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara. Hanya individu yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap dan diluluskan sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan.

Gambar hiasan (Foto: Sinar Harian)

Polis percaya ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk balik ke kampung menjelang Ramadan yang dijangka disambut 13 April ini memandangkan pada tahun lalu tidak dapat berbuat demikian.

Pelbagai cara akan digunakan untuk merentas negeri dan disebebkan itu pihak PDRM akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas.

Jika dikesan melanggar undang-undang, tiada nasihat diberikan sebaliknya tindakan undang-undang terus diambil kepada mereka yang melanggar SOP itu.

Wah, nampak gayanya memang sekatan jalan raya besar-besaran akan dijalankan nanti dan pastinya jangan ada yang berani nak ‘cuba-cuba’ rentas negeri sebab kali ini polis akan terus bagi surat saman.

So guys, peringatan untuk semua, walaupun korang rindu nak bertemu dan berpuasa bersama keluarga tersayang, namun kita semua kena akur dengan keadaan yang tidak mengizinkan sekarang. Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak pandemik COVID-19 ini tidak terus menular di negara kita.

Sumber: Berita Harian

Published by
Noor Ain Norman