
Covid-19 yang diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) nyata masih belum menunjukkan akan reda buat masa ini.
Jika kes postif Covid-19 di Malaysia dilaporkan semakin meningkat iaitu kepada 790 kes dengan dua kematian diumumkan tetapi di Indonesia kes yang dicatat adalah 227 kes tetapi kadar kematiannya sangat tinggi.
Menurut jurucakap pemerintah bagi kes Covid-19 Indonesia, Achmaf Yurianto angka pertambahan pesakit dilihat mula meningkat.
Jumlah yang meninggal akibat virus corona ini adalah 19 orang,” katanya seperti dilaporkan Tempo.Co.
Jumlah kematian paling tinggi datang dari Jakarta dengan 12 orang, diikuti Bali 1 orang, Banten (1), Jawa Barat (1), Jawa Tengah (2), Jawa Timur (1) dan Sumatera Utara 1 orang.
Jujurnya inilah kita bimbangkan bila perhimpunan tabligh seasia diadakan di Indonesia pula kerana sudah terbukti gelombang kedua di Malaysia berpunca dari pertemuan di Masjid Seri Petaling sebelum ini. Namun lega kerana sudah dibatalkan. Buat masa ini mereka akan dikuarantin.
Sumber : Tempo.Co
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sakit Dada Tengok, Sumbat Semua Dalam Lokap” -Intan Najuwa Kecam Tindakan Pak Cik OKU Dipukul Beramai-Ramai

Aktres jelita, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap sekumpulan individu yang didakwa memukul seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu, baru-baru ini.
Menurut Intan, kejadian tersebut adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak sepatutnya berlaku. Dalam satu hantaran di Instagram, dia menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperasaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Pertama, Pilih Nama Imane Lunara. Tahniah!

“Ya Allah, sakit dada tengok video ini. Teringat ayah sendiri.
“Kalau pun pak cik ini salah, kalian semua tiada hak nak pukul, tendang dekat muka, seret dan pijak dia. Kejam. Mana ihsan kalian sesama manusia?” tulisnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut berharap agar lelaki tersebut mendapat keadilan, dan pelaku diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa ‘Tutup Mulut’ Netizen, Tak Selesa Dituduh Bermewah Guna Duit Suami -“Saya Boleh Berdikari Walaupun Dah Kahwin”

“Tak mengapa. Allah Maha Adil. Semoga yang pukul pak cik ini semua akan dapat balasan setimpal. Sumbat semua dalam lokap.
“Yang pukul ini semua terpaling hebat. Dengan mak cik mulut puaka itu semua sekali, semoga Allah beri balasan pada kalian semua, amin,” katanya lagi.
Sekadar info, satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian di mana seorang lelaki OKU dipukul dan disepak oleh beberapa individu yang dipercayai peniaga dan pelanggan di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.
Kejadian itu dikatakan berlaku selepas motosikal yang ditunggang mangsa didakwa terlanggar sebuah gerai, menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga.
Rentetan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar mengesahkan tiga lelaki, termasuk seorang peniaga, telah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut. Kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 60 tahun itu ditahan baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita Berusia 85 Tahun Genggam Ijazah, Bukti Umur Bukan Penghalang

Kebanyakan rakyat di Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 18 tahun.
Kebiasaannya, seseorang individu itu mengambil masa dalam empat atau lima tahun untuk menghabiskan pelajaran mereka mengikut bidang yang diambil. Kebanyakan mereka akan memulakan kerjaya di usia sekitar 23 atau 24 tahun selepas menggenggam segulung ijazah.
Namun, menuntut ilmu tidak pernah terikat dengan peringkat umur kerana jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran dan mempunyai kelayakan, maka mereka boleh terus belajar tanpa ada had umur.
Contohnya seperti seorang warga emas dari Palestin yang dikenali sebagai Jihad Butto ini, di usia 85 tahun dia berjaya menamatkan pengajian dan mendapat Ijazah daripada Kfar Bara Center for Islamic Studies.

Wanita tersebut memasuki institusi itu empat tahun lepas, ketika usianya 81 tahun dan mengambil kursus bahasa, agama dan matematik.
Jihad Butto terpaksa berhenti belajar pada tahun 1948 ketika di usia 12 tahun, namun cintanya kepada ilmu tidak pernah hilang.
“Saya pernah ada peluang untuk belajar. Bila saya dengar ada peluang untuk menimba ilmu, saya terus pergi.
“Sebelum saya memohon untuk ke Kfar Bara, orang di sekeliling saya tahu bagaimana saya cintakan pendidikan dan saya selalu membaca buku.
“Ada yang beritahu saya tentang sijil Kfar Bara dan tanya kalau saya mahu menyertainya. Saya kata di mana sahaja ada ilmu, saya pasti akan pergi,” jelasnya.
Selepas memasuki pusat pengajian, dia terus maju ke hadapan sehingga memperoleh Ijazah pada usia 85 tahun.
Dengan ilmu yang diperoleh, Jihad Butto kini mencurahkannya kepada wanita di kawasannya pula dengan mengajar mereka beberapa topik pelajaran.
Kisah wanita hebat ini seharusnya menjadi contoh teladan yang baik buat anak muda kerana warga emas juga mampu menyambung pelajaran dan berjaya menggenggam segulung ijazah. Ini membuktikan bahawa umur tidak menjadi penghalang, apa lagi bagi mereka yang masih muda pasti boleh melakukannya dengan lebih baik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kepala Pelajar Pecah Selepas Terkena Bilah Mesin Rumput “Terbang” Dari Padang Sekolah

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman (STAR) Gemas maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput yang melayang ketika menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nur Afini Roslan,14, disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai terkena bilah yang melayang.




Manakala, dua lagi pelajar lelaki iaitu Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13 yang mengalami kecederaan terbelah di belakang kulit kepala dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana kejadian itu berlaku. Namun, difahamkan ketiga-tiga pelajar itu berada berhampiran traktor berkenaan yang sedang memotong rumput di padang sekolah berkenaan sebelum kejadian itu berlaku.
“Pihak polis menerima panggilan kecemasan sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi dengan segera. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat, manakala pelajar yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan,” katanya memaklumkan mayat mangsa akan di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi.
Sumber ;- Sinar Harian / Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

