Indonesia Rasmi Stadium Bola Sepak Serba Canggih, 5 Fakta Menarik (JIS)

Share

Negara jiran kita, Indonesia dikatakan telah merasmikan stadium canggih yang cukup menarik, lebih-lebih lagi ia dikatakan seiring dengan kehendak arus bola sepak moden kini.

ARTIKEL BERKAITAN : Stadium Shah Alam Dulu ‘Rumah’ Harimau Malaya, Kini Usang Dimamah Usia. Ini Faktanya

Foto Via Stadin

Malah, Stadium Antarabangsa Jakarta (Jakarta International Stadium – JIS) telah dirasmikan pada 24 Julai lalu dengan satu perlawanan persahabatan antara kelab bola sepak tempatan, Persija Jakarta dengan pasukan Chonburi dari Thailand.

Kelebihan Jakarta International Stadium (JIS)

Mari kita lihat lima fakta menarik mengenai stadium kebanggaan rakyat Indonesia seperti yang dilapor dalam Detik.com.

1. Atap stadium yang boleh dibuka-tutup

Untuk pengetahuan anda, JIS merupakan salah sebuah stadium yang mempunyai bumbung yang boleh dibuka dan ditutup. Hanya beberapa stadium sahaja di dunia yang mempunyai kemudahan seperti ini, misalnya Mercedes-Benz Stadium di Atlanta, Amerika Syarikat.

2. Padang hybrid turf

Rumput yang digunakan di atas padang stadium ini adalah jenis hybrid turf. Rumput ini merupakan campuran rumput biasa dan sintetik. Tambahan pula, JIS juga bakal memiliki kemudahan lain seperti sebuah restoran, ruang VIP serta bilik persalinan yang cukup mewah. Tidak dilupakan juga, stadium ini adalah mesra penyokong orang kurang upaya (OKU).

Foto Via Detik.com

3. Kapasiti Yang Besar

Stadium ini mampu memuatkan seramai 82,000 penonton dalam satu-satu masa. Hal ini kerana strukturnya yang dibina selari dengan fasiliti stadium bola sepak moden serta tidak mempunyai trek larian seperti kebanyakan stadium lain. Sementara itu, JIS yang terletak di Jakarta Utara ini dibina tiga tingkat, iaitu lower, middle dan upper.

4. Kos pembinaan

Dianggarkan kos pembinaan JIS adalah sebanyak RM1.4 bilion. Jadi tidak disangkal lagi, pembiayaan kos sebesar itu mampu membina sebuah stadium berkelas dunia sepertinya. Stadium ini juga telah menggantikan stadium sebelum ini iaitu Stadium Lebak Bulus.

Foto Via Detik.com

5. Padang latihan yang mengikuti standard antarabangsa

JIS juga difahamkan mempunyai dua padang yang bertaraf antarabangsa. Walaupun eksklusif sebagai stadium rasmi negara, menariknya ia juga boleh disewa oleh orang awam dengan kos serendah RM595. Imbas kembali, JIS mula dibina sejak 14 Mac 2019 dan pembinaannya selesai pada tahun ini yang hanya mengambil tempoh tiga tahun untuk siap sepenuhnya.

Wah, hebatnya…kalau korang melancong ke Indonesia, boleh la melawat stadium kebanggaan mereka ini.

BACA : Stadium Nasional Bukit Jalil Mungkin Berubah Nama Tidak Lama Lagi

Sumber: Detik.com

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana