Benci atau suka, filter telah menjadi satu kewajipan di mana-mana platform media sosial. Dengan hanya satu klik, anda akan kelihatan cantik dan tampan tanpa perlu bersusah payah.
ARTIKEL BERKAITAN: Elon Musk Ada ‘Kembar’ Di China, Tuah Influencer Mirip Wajah Bilionair
Tidak dinafikan, ianya menyeronokkan dan semestinya meningkatkan keyakinan kita. Namun di era yang di mana majoriti produk kecantikan dipromosikan di laman sosial, muncul isu di mana penonton tidak dapat membezakan imej sebenar dan imej yang diubahsuai.
Ianya juga mempromosikan standard kecantikan yang tidak realistik, terutamanya dalam kalangan pengguna yang lebih muda.
Kini, rang undang-undang perundangan Perancis yang baharu boleh memaksa influencer untuk memberitahu pengikut media sosial mereka apabila terdapat filter digunakan foto dan video, yang dimuatnaik.
“Ini adalah cara untuk kita membentuk industri kecantikan yang lebih beretika,” kata ahli parlimen Perancis Arthur Delaporte, yang turut membantu dalam memperkenalkan rang undang-undang itu.
Rang undang-undang itu telah diterima pakai oleh Perhimpunan Kebangsaan Perancis minggu lalu tetapi masih memerlukan undian Senat sebelum ianya boleh menjadi undang-undang
Undang-undang itu dikatakan bertujuan untuk mengawal pengaruh komersial dan memerangi penyalahgunaan yang dilakukan oleh sesetengah influencer di rangkaian sosial.
Rang undang-undang itu bukan sahaja terpakai kepada influencer di Perancis, tetapi juga akan tertakluk kepada influencer di luar negara yang ingin memasuki pasaran Perancis.
Sekadar info, Perancis bukanlah negara pertama yang berusaha untuk menggubal undang-undang itu. Pada tahun 2021, penggubal undang-undang di Norway turut meluluskan undang-undang yang memaksa influencer dan pengiklan melabelkan foto yang diedit oleh mereka.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Benoit Photos, France Choice