Memiliki aset seperti rumah pada usia muda menjadi impian setiap orang. Namun, keadaan ekonomi yang tidak stabil pada masa ini dengan harga rumah yang tinggi menyukarkan kita semua terutamannya golongan muda untuk memiliki aset ini.
BACA : Mampu Beli Rumah ‘Cash’ Ketika 19 Tahun, Ini Rahsia Masya Masyitah
Begitu juga dengan usahawan muda dan influencer Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba. Kejayaannya kini tak datang bergolek, namun hasil kerja kerasnya bersama suami, Eboy Arbaain dalam mengusahakan jenama kosmetik milik mereka akhirnya membuahkan hasil.
Seronok penulis melihat tengok kejayaan dan gaya hidup usahawan Loveliee Beauty ni. Mana tidaknya, dalam usia muda dia bukan saja ada empayar niaga sendiri. Malah, mampu kumpul beberapa aset mewah dan salah satu daripadanya ialah rumah!
Mengintai media sosial Asyalliee atau mesra disapa Asya, usahawan muda tersebut baru-baru ini berkongsi minatnya dalam menghias ruang kediaman. Tak sangka Asya ada bakat dekorasi rumah. Daripada foto-foto yang dikongsikan, memang cantik sentuhan dekorasi Asya.
Walau ada tiga anak kecil tapi rumah Asya sentiasa nampak kemas dan bersih. Dia juga mengaku menghias rumah membuatkan kesihatan mentalnya menjadi lebih baik.
“My current obsession. Simpan sini buat kenangan sebelum ia bertukar lagi. In planning untuk decorate lain dalam bermain warna white & gold. You know what? My mental health is getting better dengan apa yang I tengah buat sekarang.
I rasa tenang, nyaman dan bahagia bila tengok rumah dalam keadaan yang kemas, tersusun dan bersih. Itulah pernah dengar orang kata, duduk setahun dua berubah la rumah tu.
Memang tengah berlaku sekarang, nak tukar beberapa sikit untuk bagi kena dengan concept yang Asya nak. For now, concept rumah Asya tengah bercampur-aduk habis.”
Asya turut memberitahu dia mula mengemas rumah selepas anak-anak ke sekolah dan tidur.
“Barulah tenang nak pergi kerja kalau rumah kemas. Memang satu kepuasan kan bila rumah kemas, bersih dan tersusun.”
Seronok lihat anak muda berjaya macam Asya ni..Moga kejayaan beliau mampu memberikan semangat dan inspirasi buat remaja di luar sana.
BACA LAGI : “Such An Inspiration,” Di Usia 22 Tahun Naim Daniel Dah Berjaya Beli Rumah Sendiri!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.