Ads
Home Hiburan Rupanya Bukan Semua Boleh Buat Kek & Biskut

Rupanya Bukan Semua Boleh Buat Kek & Biskut

Ads

Pastinya ramai yang  tidak sabar menanti bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba. Bila cakap pasal Ramadan, Syawal juga amat ditunggu-tunggu kerana itulah hari kemenangan selepas  sebulan berpuasa.

Bila sebut bulan puasa, pasti ramai yang  berangan nak buat kuih raya bagi menjimatkan kos pembelian.

Kalau nak senang dan cepat, tunjuk saja dan keluarkan duit.Hikz. Tapi rasanya mungkin tidak sesedap mana selain harganya yang pasti sedikit mahal.

Bagi korang terutama anak dara yang kali pertama nak tunjuk bakat buat kek dan biskut untuk raya nie,  jom kenali jenis-jenis Buttercup yang menjadi penyedap bahan kek dan biskut selama ini.

Pastinya ramai tidak menyangka buttercup ini ada jenis-jenisnya. Ingatkan semuanya sama, rupanya berbeza.Hahaha.

Baca perkongsian  di fb yang dibuat oleh Dapur Cik Dayang ini.

Rupanya Bukan Semua Boleh Buat Kek & Biskut

Ads

INFO BUTTERCUP

Nak dekat Ramadhan dah, lepas tu nak raya pulak. Mesti ramai yang dah plan nak buat biskut raya atau kek kan? Biasanya antara produk pilihan ramai ialah marjerin jenama BUTTERCUP.

Tapi korang perasan tak Buttercup tu didatangkan dalam beberapa jenis packaging? Selama ni mak ingatkan semua tu isinya serupa je, rupanya tidak! Mak baru tau, kegunaannya pun sebenarnya berbeza-beza.

Okay pada yang belum tau, meh mak kongsikan ya, ini adalah info dari salah seorang kakitangan Bake With Yen cawangan Kota Damansara, dan info ini pula menurutnya, datang dari pihak Buttercup sendiri.

Ads

BUTTERCUP KETUL:
– Sesuai untuk sapuan roti.
– Sesuai untuk biskut.
– Tidak sesuai untuk kek, sebab kek akan jadi kering, berderai bila dipotong.

BUTTERCUP TONG :
– Sesuai untuk kek
– Sesuai untuk biskut

BUTTERCUP TIN :
– Sesuai untuk kek
– Sesuai untuk masakan
– Tak sesuai untuk biskut, sebab ia masin

Ringkasannya:
Kek – tin/tong
Biskut – ketul/tong
Masakan – tin

Ads

Jadi, katalah nak raya ni kita nak guna marjerin Buttercup untuk buak kek dan biskut, tak guna sangat untuk masak-memasak, maka kita belilah yang jenis dalam tong tuh je.

Happy shopping!
Happy baking!

Kredit info:
Ida Sumie
#MidnightBakery
Bukan agent Buttercup

Kredit Gambar: Google

Boleh kongsikan kepada kawan-kawan. Semoga bermanfaat

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI