Aktres popular, Datin Intan Najuwa tampil memberi penjelasan selepas timbul dakwaan bahawa dia tidak mempunyai ‘bonding’ yang erat dengan puteri sulungnya, Imane Lunara.
Menerusi Instastory miliknya, Intan dengan tegas menjelaskan bahawa dia tidak pernah meninggalkan Imane walaupun untuk ke kedai runcit yang hanya terletak 10 meter dari kediamannya.
“Tengah masak pun dia duduk dapur tau sebelah Mommy. Ish jahat ya mulut acik. Ingat kita tak sayang anak ke.
“Kalau boleh nak masuk perut balik ni ha senang bawak gi mana-mana tak nak jauh,” tambah Intan lagi.
Sekadar info, Intan Najuwa dan suaminya, Ahmad Asraf, telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dalam sebuah majlis yang diadakan di One And Only Desaru Coast, Johor.
Ads
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara, yang dilahirkan pada 15 Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemilik nama Engku Aleesya Engku Emran hangat diperkatakan sejak Jumaat minggu lalu setelah remaja yang bakal menginjak ke usia 12 tahun itu menghadiri majlis pernikahan ayahnya, Engku Emran Zainal Abidin, 46 kepada Noor Nabila, 37.
Aleesya yang hadir bagi memberikan sokongan kepada bapanya itu kelihatan cukup poise dan tenang pada sesi pernikahan dan mengambil gambar sepanjang majlis tersebut sehinggakan warganet memuji kematangannya.
Peluang untuk bertemu Erra Fazira semalam di majlis pengenalan duta pelitup muka Himaya telah diambil oleh REMAJA untuk bertanyakan kepada primadona filem Melayu itu sendiri mengenai Aleesya dan bagaimana anak daranya itu mampu berdepan dengan ‘situasinya’ kini.
Selain menyifatkan Aleesya gembira dan teruja untuk kini bergelar kakak dan mempunyai seorang adik tiri (Jebat Jayden), Erra juga mengakui sisi matang yang dimiliki oleh Aleesya.
“Saya dengan Aleesya berbicara seperti orang dewasa. Ada masanya, dia manja. Tapi kebiasaannya, jika saya perlu jelaskan sesuatu kepadanya dengan fakta dan contoh, minda Aleesya memang terbuka untuk menerima.
“Saya selalu bercerita dengannya tentang kehidupan. (Bila sudah) dewasa nanti, apakah expectation kita. Saya selalu ingatkannya walau secantik manapun seseorang itu, jika perangainya tidak elok, orang di sekeliling tidak akan suka juga.
“Sedikit sebanyak, Alhamdulillah adalah sedikit pesanan saya yang ‘diserap’ olehnya. Mungkin juga situasinya kini membuatkannya lebih matang. Bila dia dengan bapanya (selama empat hari seminggu), pembawakannya lain. Bila dia dengan saya, lain pembawakannya. Sama saja seperti remaja lain,” kata beliau yang melahirkan Aleesya pada tahun 2009.
Sudah tentu apabila usia seorang anak dara meniti ke zaman remaja, lebih banyak cabaran yang akan dihadapi oleh si ibu dan Erra tidak terkecuali. Jelasnya, dia selalu mengingatkan diri bahawa dia juga tidak sempurna dan dahulu perlu belajar daripada pengalaman sendiri.
“Kami sama-sama banyakkan membaca untuk kami menjadi insan yang lebih baik. Masa saya pun terhad dengannya. Dalam tiga hari seminggu itulah saya nak mengajar, mendidik, nak marah, nak bermanja dengannya. Jadi saya enggan mengambil remeh mengenai apa-apa perkara berkaitan Aleesya.”
Dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara itu, Erra telah dilantik sebagai duta pelitup muka Himaya bersama penyanyi, Wany Hasrita.
Drama siri Korea Squid Game menjadi trending di Netflix selepas hanya baru dua hari tayangan berjaya meraih tempat pertama dalam senarai Top 10 TV Show mengalahkan Hometown Cha Cha Cha dan Money Heist.
Tidak dinafikan, konsep survival thriller ini berjaya mencuri hati penonton kerana penuh dengan babak-babak suspen yang membuatkan ramai tidak berganjak daripada menonton hingga ke episod akhir.
Squid Game ialah permainan kanak-kanak tradisional masyarakat Korea pada zaman 70an- 80an yang melibatkan fizikal di mana ada pihak penyerang dan pihak bertahan.
Permainan ini dinamakan Squid Game kerana pemain akan melukis pelbagai bentuk geometri atas tanah (bulat, segi tiga, petak) untuk menghasilkan bentuk seakan sotong.
Drama bersiri ini mengsisahkan tentang Ki-Hoon (Lee Jung-Jae) dipecat daripada pekerjaannya dan hidupnya berubah sengsara. Dia mendapat tahu tentang permainan survival rahsia dengan hadiah yang ditawarkan sebanyak 45.6 bilion won (RM 167 juta) kepada pemenang. Lalu, Ki-Hoon memutuskan untuk menyertai permainan itu.
Namun, disebalik permainan itu, ramai yang akan terkorban sekiranya mereka tidak berjaya ke peringkat seterusnya. Ha, gila kan?
Untuk korang yang sudah habis menonton Squid Game, berikut kami senaraikan antara drama thriller lain ‘ala-ala’ Squid Game yang menarik untuk ditonton.
1. Liar Game 1 & 2
Pelajar kolej yang jujur Kanzaki Nao dijemput untuk menjadi sebahagian dari “Liar Game”, di mana pemain akan menipu satu sama lain untuk memenangi 100 juta dolar. Dia kemudian bertemu dengan penipu ahli Akiyama Shinichi, dan akhirnya bekerjasama dengannya.
2. Battle Royale
Pelajar kelas 9 dari sekolah menengah Jepun dipilih untuk bertanding sebagai pemain dalam “Battle Royale.” Secara paksa dibawa ke sebuah pulau yang ditinggalkan, para pelajar diberi senjata untuk saling menyasarkan selama tiga hari. Siapa yang akan bertahan?
3. Alice In Borderland
Siri aksi Jepun Alice In Borderland mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Alice, mendapati dirinya bersaing dalam permainan survival di Tokyo dystopian. Untuk hidup, dia dan pemain lain harus menyelesaikan satu siri permainan kejam.
4. As The God’s Will
Seorang pelajar, Shun Takahata tiba-tiba menjadi sebahagian daripada permainan survival yang melibatkan individu yang sudah bosan dengan kehidupannya. Kematian menanti bagi pemain yang kalah.
5. The Sacrifice Dilemma-Above
Sekumpulan pelajar mencari jalan untuk bertahan setelah satu suara mengumumkan bahawa mereka semua hanya mempunyai satu jam untuk hidup, kecuali jika mereka berjaya mendapatkan penggorbanan.
6. The Werewolf Game: Death Game’s Operator
Orang yang direkrut dan diculik dianggap sebagai bahagian daripada “Werewolf Game,” di mana pemain mempertaruhkan nyawa mereka, sementara orang kaya meletakkan pertaruhan mereka kepada siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah.
Masalah timbul apabila pengendali Masamune mendapat tahu bahawa seorang pelajar perempuan bernama Yuzuki Natsume, bekas pelajarnya adalah salah seorang pemain. Dia kemudian berusaha menyelamatkannya.
7. Cube
6 orang dikurung di dalam bilik berbentuk kubus misteri. Mereka tidak tahu mengapa mereka dikurung di dalam bilik, tetapi mereka cuba melarikan diri dari kubus misteri itu. Sekiranya mereka tidak dapat menguraikan kodnya, mereka tidak akan keluar dari kubus.
Ha, kalau korang memang individu yang gemar menonton filem-filem suspen macam ni, bolehlah cuba untuk menonton drama-drama yang kami cadangkan ini.
Pelakon meningkat naik, Qasrina Karim mendedahkan dirinya juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa ‘face shaming’ ataupun mengutuk fizikal seseorang di media sosial.
Katanya kepada Remaja, pelakon drama hit Imam Instant Ustazah Scammer itu memaklumkan dia tidak menafikan ada rasa sakit hati apabila menerima komen yang kurang enak.
Qasrina yang lebih disapa Qas bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan perkara negatif itu.
“Sebagai figura yang dikenali, pasti akan menerima komen yang kurang enak. Tetapi, saya tidak boleh buat apa pun dan move on sahaja.
“Selain itu, jangan ambil hati sangat dengan perkara tersebut. Tak dinafikan, memanglah sakit hati tapi jangan ambil pusing,” ujarnya panjang.
Pada masa sama, pelakon berusia 28 tahun itu turut mengatakan dirinya hanya mampu ‘memekakkan telinga’ sahaja apabila menerima komen negatif di media sosial.
“Pekakkan telinga, masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Semestinya, perasaan itu tidak gembira kerana bukan kita membuat sesuatu untuk kontroversi atau sebagainya.
“Tetapi, kita tidak boleh mengubah pemikiran mereka, walaupun boleh cuba tetapi sukar untuk menjadi.
“Kalau baca komen, dulu mungkin menangis. Tapi sekarang saya hanya mampu ketawa sahaja,” tuturnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...