Sosialit dan usahawan terkenal, Kim Kardashian sudah melalui bertahun-tahun pengalaman bereksperimen dengan trend fesyen dan solekan. Adakala ia menjadi dan tidak kurang juga beberapa kali di mana Kim tersasar jauh dari trek berdasarkan pemerhatian pengkritik fesyen.

Dengan percubaan tersebutlah, Kim kini dianggap sebagai salah seorang selebriti Barat yang mempunyai momen ikonik dengan pemilihan fesyennya.

Lihat sajalah setiap kali beliau dijemput ke acara fesyen tahunan Met Gala yang dianjurkan oleh Vogue Amerika Syarikat dan muzium Met New York. Dari dulu lagi stail yang disarungkan oleh Kim akan menjadi topik perbualan termasuklah pada edisi tahun lalu di mana Kim telah mewakili jenama Balenciaga.

Korang tentu ingat lagi akan busana serba hitam ala ninja yang menutupi seluruh bahagian badan Kim termasuklah wajahnya.

Ingat Lagi Kostum Balenciaga Ala Ninja Ini? Kim Kardashian Dedah Awalnya ENGGAN Pakai
Kim Kardashian bersama adiknya, Kendal Jenner di Met Gala 2021.

Disebabkan keberanian Kim untuk menyahut ‘cabaran’ berjalan dengan wajahnya tertutup atas nama fesyen, Kim telahpun menjadi mangsa meme selama berbulan-bulan. Ada yang menganggap dia kelihatan seperti karakter Dementor dalam filem Harry Potter dan ada juga yang menyamakan Kim dengan visual dalam animasi Pokemon.

Ads

Semua orang termasuk kami sendiri beranggapan ia adalah satu lagi eksperimentasi Kim agar seluruh dunia bercakap mengenainya. Rupa-rupanya, busana tersebut bukanlah pilihan pertamanya dan Kim sendiri enggan memakainya.

ARTIKEL BERKAITAN : Hadir Sebagai Pengantin Kanye West, Kim Kardashian Masih Simpan Perasaan? – REMAJA

Dalam temubual bersama majalah Vogue edisi Mac 2022, Kim bercakap mengenai pemilihan idea tersebut setelah dia diyakinkan oleh Balenciaga dan pengarah kreatifnya, Demna Gvasalia.

“(Pada mulanya) saya menentang. Saya tidak tahu bagaimana rupa saya sekiranya dipakaikan topeng sebegitu. Mengapa saya ingin menutup muka sepenuhnya?

Ads

“Tetapi mereka yakinkan saya bahawa ini adalah acara kostum gala. Ini bukannya parti Vanity Fair di mana semua orang perlu menunjukkan muka yang cantik. (Met Gala tahun lalu) mempunyai tema dan tetamunya diwajibkan memakai pelitup muka (selain di karpet merah). Jadi wujudlah idea tersebut,” katanya.

Ingat Lagi Kostum Balenciaga Ala Ninja Ini? Kim Kardashian Dedah Awalnya ENGGAN Pakai

Biarpun wajah Kim langsung tidak kelihatan sewaktu berjalan di karpet merah, Kim masih melantik pasukan jurusolek untuk mempersiapkan solekannya di bawah topeng tersebut.

Selain busana Balenciaga itu, Kim juga sanggup berbelanja besar demi tocang palsunya sepanjang 75 inci itu yang dikatakan bernilai USD10,000.

Ads

Agaknya, entah apalah idea Kim bagi acara Met Gala seterusnya?

Adakah gayanya sekali lagi akan dicedok oleh pelakon terkenal, Rozita Che Wan seperti yang dilakukannya di sebuah acara fesyen di Kuala Lumpur, tahun lalu?

BACA LAGI : “Malam Tadi Kami Puasa, Balut Muka..” Busana Che Ta & Ezuwan Ismail MERIAH Dengan Batu Berlian! – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI