Gaya Hidup

“Ingat Nafkah Ke? Kerja Tak Puas Hati Saja Memanjang…” -Diana Danielle Tampil ‘Bersuara’ Isu Pertikai Jumlah Duit Raya

Share

Aktres jelita, Diana Danielle tampil menyelar isu berhubung terdapat segelintir individu yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan jumlah wang raya yang diberi.

Menerusi sebuah ciapan di platfrom X, ibu kepada sepasang cahaya mata itu menyifatkan duit raya yang diberikan adalah satu bentuk sedekah dan bukanlah kewajipan.

“Sekarang ini orang tak faham ke duit raya tu bukan wajib tapi ianya sedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang itu.

“Seringgit ke seratus ringgit ke, enjoy sahajalah the festive gesture, nak rasa entitled dan menghakimi sangat dah kenapa?

“Sampai kata kalau banyak ini baik tak payah bagi, apa kau ingat nafkah ke?” ciapnya di platform tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem terkenal Imaginur itu turut menzahirkan keterujaan menerima duit raya daripada bapa saudaranya dan tidak pula memandang kepada nilai, tetapi keikhlasan.

“Relaks la, saya pun dapat RM10 dari pakcik saya, wah rasa berbunganya lama tak dapat duit raya.

Enjoy faham, enjoy? Ini kerja tak puas hati sahaja memanjang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju dengan pandangan Diana kerana ada di antara mereka juga turut berdepan dengan situasi yang sama.

Dalam pada itu, warganet berharap agar ibu bapa di luar sana menekankan nilai bersyukur dan adab kepada anak-anak kecil mereka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: X Diana Danielle


Published by
Fath