Sejak tengah hari tadi, tumpuan seluruh Malaysia nampaknya terarah kepada demonstrasi serta mogok beramai-ramai oleh kira-kira 5000 daripada sejumlah 23,000 doktor kontrak di 24 buah pusat kesihatan bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara.
Mogok yang dilakukan secara aman itu adalah hasil kesepakatan para doktor kontrak tempatan yang memperjuangkan dua perkara saja; iaitu kerajaan untuk menawarkan perlantikan tetap kepada pegawai perubatan dan inginkan penjelasan terperinci daripada kerajaan.
Mereka mulai keluar dari lobi hospital masing-masing setelah menyerahkan tugasan penting kepada pegawai perubatan yang masib berada di dalam wad. Biarpun berdemonstrasi, mereka terlebih dahulu memastikan tiada pesakit yang terjejas ataupun rawatan terpinggir.
Demonstrasi ini sedikit sebanyak membuatkan ramai pihak terpanggil untuk mengetahui sebab utama ia dijalankan. Tinjauan di media sosial mendapati ada yang menyokong tindakan tersebut demi menjamin masa hadapan petugas perubatan di Malaysia. Ada juga yang merasakan ia tidak perlu memandangkan nyawa pesakit di hospital kini bergantung sepenuhnya kepada petugas kesihatan.
Ads
*
Tentunya, insan nombor satu yang menggesa agar mogok atau demonstrasi aman ini tidak diteruskan ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.
Catat beliau di akaun rasmi media sosialnya di Facebook dan Twitter, beliau meminta agar para doktor dan petugas kesihatan untuk kembali memperingati mengapa mereka mengambil sumpah ‘Primum Non Nocere’ semasa memulakan profesion dahulu. Ia adalah untuk tidak membahayakan atau menzalimi para pesakit.
“Saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan para pesakit adalah keutamaan kita. Ingat sumpah ikrar yang kita ambil secara ikhlas dan jagalah pesakit semasa mereka dan negara memerlukan anda sekarang.
Ads
“Kita adalah ‘benteng pertahanan’ terakhir yang menentukan nasib pesakit. Setiap nyawa itu bernilai.
“Kepada rakan sekerja junior yang berada pada posisi kontrak, saya seru agar anda tidak menyertai demonstrasi dan meninggalkan tugas menjaga pesakit. Ingatlah berapa ramai nyawa yang sedang dipertaruhkan dan demonstrasi (seperti ini) boleh memberi kesan kepada nyawa dan karier anda,” tegas beliau.
Ads
Ada ura-ura mengatakan kontrak doktor junior kerajaan mungkin berdepan risiko kehilangan kerja setelah tamat tempoh lima tahun perkhidmatan wajib mereka di hospital kerajaan. Kegagalan kerajaan menyerap mereka dalam perkhidmatan tetap sehingga kontrak hampir tamat itulah yang menyebabkan ramai petugas berdemonstrasi. Petugas inginkan jaminan pekerjaan tetap agar nasib kerjaya mereka terbela oleh pihak KKM.
Kata Dr. Noor Hisham untuk menjawab persoalan itu, kerajaan telah mengumumkan lanjutan dua tahun kontrak demi memberi ruang pindaan Akta Pencen agar posisi pekerjaan tetap diluluskan. Ia juga akan didatangkan dengan pilihan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Di samping itu, kerajaan juga akan membenarkan petugas kontrak menyambung pengajian ke peringkat sarjana walaupun masih lagi berstatus kontrak.
Bagaimanapun, para petugas mempersoalkan semula kelongggaran untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana apabila jumlah posisi kerja untuk doktor yang mempunyai sarjana masih kecil. Kebanyakan masih akan ditamatkan kontrak apabila tiba masanya.
Mereka yang berdemonstrasi hari ini bukan hanya memikirkan nasib diri dan kerjaya saja. Malah, soal kenaikan gaji apabila bertukar status dari kontrak kepada tetap langsung tidak terlintas di pemikiran kerana ia tidak banyak berbeza.
Mereka hanya memikirkan nasib rakyat Malaysia terutamanya pada waktu pandemik sekarang. Tanpa adanya para doktor yang dikatakan akan tamat kontrak tidak lama lagi, Malaysia berisiko kekurangan tenaga petugas perubatan mahir pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara bahawa pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955 akan dibuat di mana waktu bekerja akan dikurangkan dari 48 jam seminggu ke 45 jam seminggu bermula 1 September ini.
“Setakat hari ini, masih belum ada lagi cadangan untuk kita tetapkan waktu bekerja empat hari seminggu pada peringkat kementerian.”
Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, pada Selasa, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan tersebut bakal berkuat kuasa bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Selain itu, pindaan tersebut juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel yang membolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja.
Permohonan untuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19 juga termasuk dalam aturan kerja fleksibel di bawah pindaan tersebut.
Tapi ingat walaupun masa kerja disingkatkan, kena bijak rancang waktu juga untuk siapkan tugasan yang diberikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ahli grup Vixx, Leo mengakui rasa janggal hadir ke Malaysia tanda kehadiran ahlinya yang lain namun itu tidak bermakna dia tidak akan memberikan 100 peratus dalam persembahannya nanti.
Dia berkata demikian ketika sidang media untuk K-Performance Show 2019 di Plenary Hall, KLCC pada Jumaat.
“Sebagai artis solo ke Malaysia, saya rindukan ahli-ahli saya yang lain. Sebenarnya bila saya sampai di lapangan terbang dan lihat ramai peminat mengalu-alukan kehadiran saya di sini membuatkan saya rasa sangat bersalah sebab kami (VIXX) tak buat persembahan di Malaysia.
“Walaupun hanya saya seorang tanpa ahli kumpulan, saya ingin sekali melakukan persembahan yang terbaik untuk starlight,” katanya.
Dalam pada itu, Leo turut berkongsi makanan kegemaran terbarunya di Malaysia.
“Saya suka nasi lemak. Hari ini sahaja dah dua kali saya makan makanan itu. Mungkin saya akan terus makan sampailah saya balik,” tambahnya lagi.
Untuk pengetahuan, Leo hadir ke Malaysia sebagai salah satu perfomer yang akan membuat persembahan di K-Perfomance Show 2019 yang dibawakan oleh Korea Tourism Organization bertempat di Plenary Hall, KLCC dan berlangsung selama 2 hari bermula Sabtu dan Ahad ini.
Selain Leo, terdapat juga persembahan daripada JUMP, The Painters, Let’s Dance Crazy dan juga T-Bird.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kes pagi ini, when there is an Apple product on sale, there are 400 people queuing up!
Peminat jenama Apple di seluruh dunia pastinya serba tahu mengenai kewujudan jualan gudang Switch Warehourse Clearance Sale. Penulis juga pernah menyertai jualan sebegini yang diadakan oleh mereka.
Namun, kami tidak sangka pula apabila jualan pada hari ini mampu menarik pengunjung seramai ini sehinggakan mereka terpaksa beratur panjang.
Berlangsung di kompleks membeli-belah MyTown, orang ramai telah mula beratur seawal jam 4 pagi lagi dari luar pintu masuk bangunan, koridor pejalan kaki sehinggalah ke jalan raya terdekat.
Pada waktu tersebut, rakan media dari Soya Cincau menganggarkan kira-kira 300 sehingga 400 orang sudahpun mula beratur untuk mendapatkan produk Apple. Mereka terbahagi kepada dua barisan memandangkan terdapat dua pintu masuk berbeza ke dalam bangunan tersebut.
Ada barisan yang nampak teratur, seperti barisan di sebelah stor H&M. Namun ada juga barisan yang memang tak nampak macam barisan pun bersebelahan dengan kafe Starbucks. Mungkin kerana mereka sedar perlu menunggu beberapa jam lagi sebelum dibenarkan masuk. Jadi, semua orang pun seperti tidak endahkan etika perlu beratur mengikut giliran.
Pada waktu kejadian (sebelum subuh), memang sudah ada lebih 400 orang. Namun, ada yang melaporkan sudah ada pengunjung yang mula beratur sejak tengah malam tadi. Turut kelihatan adalah beberapa katil boleh lipat yang dibawa pengunjung.
Seperti biasa, dalam jualan sekencang ini, pasti akan ada pengunjung yang tak menghormati orang lain dan selamba je memotong barisan. Keadaan ini memaksa pengawal bangunan untuk bertindak tegas dan beratur secara betul.
Good luck lah korang yang pergi hari ni, tak tahulah stok cukup tak untuk semua pengunjung.
Apa yang boleh korang buat adalah untuk sentiasa check LIVE update terbaru jumlah stok di laman web Switch Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...