Ingatkan Bucket KFC, Rupanya Sajian Meliurkan Ini Adalah Kek!

Share

 

Okay, ini adalah kek yang kami inginkan untuk hari jadi seterusnya!

 

Biasalah kan apabila tibanya hari kelahiran seseorang yang kita sayangi, satu menu wajib yang bakal dihidangkan di atas meja adalah ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC).

Namun apa yang ingin kami kupaskan kali ini bukanlah mengenai ayam goreng tetapi mengenai kek hari jadi yang menyerupai bentuk menu bucket popular daripada KFC itu! Ingatkan baru nak menikmati ayam goreng berempah, namun rasanya menyerupai vanila pula.

Kek tersebut adalah hasil karya seorang wanita tempatan bernama Karmen-Ann Mariswamy

, 29.

Menurutnya, ia adalah hasil permintaan rakannya yang amat menggemari ayam goreng KFC sehinggakan kek harijadinya juga ingin kelihatan seperti ayam goreng KFC!

Sumber Foto: Karmen-Ann.

Hiasan bucket itu sebenarnya merupakan kek lemon butter, lemon buttercream dan white chocolate ganache. Manakala bahagian ayam gorengnya pula merupakan kek vanila yang mempunyai taburan cornflake. Tambah mengagumkan apabila Karmen’Ann hanya memerlukan 2 hari saja untuk menyiapkannya.

Setelah ramai warganet yang mula memperkatakan mengenai kreativiti Karmen-Ann itu, ia menjadikan pembuat kek itu dihujani dengan persoalan mengenai jenis-jenis kek lain yang boleh dihasilkannya.

Dalam temuramah bersama FMT baru-baru ini, dia mula memiliki minat terhadap bidang kulinari setelah melihat kakaknya sendiri menyediakan kek pada usia muda. Selepas melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama, dia diterima sebagai cef pastri di Westin Hotel dan dari situlah dia mula bereksperimentasi dengan dekorasi kek berbeza.

Cuba korang lihat beberapa lagi dekorasi kek yang pernah dihasilkan olehnya.

Karmen-Ann memulakan perniagaan dari rumah bernama Karmen’s Cupcakery setelah beberapa tahun bekerja di sebuah hotel termuka yang lain.

Kalau korang mempunyai permintaan kek yang berbentuk original dan lain dari yang lain, cubalah hubungi Karmen-Ann okay!

Sumber (1)

Published by
webadmin