Selepas berpisah dengan model terkenal Gigi Hadid tiga tahun lalu, penyanyi Zayn Malik berkongsi kisah kehidupan dirinya mencari cinta baru.
ARTIKEL BERKAITAN: Zayn Malik Sekali Lagi Berpisah Dengan Pasangan, Gara-Gara Ibu Gigi Hadid? – REMAJA
Menerusi satu temubual bersama majalah Nylon, Zayn mengaku dirinya pernah mencuba menggunakan salah satu aplikasi
dating. Malangnya, ia tidak berjalan seperti yang diinginkan.Penyanyi Pillowtalk itu turut dituduh sebagai penyamar oleh beberapa pengguna aplikasi dating tersebut dan tiada seorang pun mempercayai akaun yang didaftarkan olehnya itu dimiliki Zayn Malik yang sebenar. Malah akaun Tinder Zayn juga pernah disekat setelah beberapa pengguna melaporkannya sebagai scammer yang menggunakan teknik penyamaran atau catfish.
“Ramai yang merasakan saya catfish (menyamar). Ada juga di antara mereka yang menyoal, ‘Kenapa awak menggunakan gambar Zayn Malik’, sebelum saya disekat,” katanya.
Zayn juga menjelaskan bahawa dia sudah berhenti menggunakan mana-mana aplikasi dating dan ingin lebih fokus menikmati kehidupannya bersama anak perempuan, Khai yang sudahpun berusia empat tahun.
“Saya selesa dan gembira hidup membujang. Saya sudah ada anak dan fokus saya adalah untuk menunjukkan contoh yang baik buat Khai”
Untuk rekod, Zayn dan Gigi pernah menjalinkan hubungan sejak 2015 namun berpisah pada tahun 2021. Dia juga pernah bertunang bersama penyanyi Perrie Edwards sekitar 2014 namun ikatan itu berakhir dengan perpisahan.
Bagi yang rindu sangat dengan nyanyian penyanyi ini, Zayn Malik juga baru sahaja melancarkan dua single yang berjudul Alienated dan What I Am.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.