Ingatkan Jemputan Kenduri Kahwin, Rupanya Taktik Baru ‘Scammer’ Untuk Kebas Duit Anda!

Share

Haih….bukan main kreatif lagi scammer zaman sekarang! Ada sahaja taktik dan cara penipuan yang digunakan demi mendapatkan wang dalam masa yang singkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak Kena Tipu, Ini Cara Kenali Sindiket Penipuan Scam Kerja

Baru-baru ini tular di media sosial apabila pengguna Facebook Muhammad Ali Abdul Razak berkongsi pengalamannya berhadapan ‘scammer’ yang menggunakan teknik baru.

Seperti yang dikongsi oleh beliau, modus operandi itu berfungsi dengan ‘scammer’ menghantar mesej buat pertama kali ke aplikasi WhatsApp anda, meminta anda memuat turun jemputan tersebut untuk melihat butir jemputan perkahwinan dengan lebih lanjut.

Berdasarkan tangkapan skrin, jemputan perkahwinan digital tersebut dalam format Fail Pakej Android (APK).

Warganet tersebut turut menjelaskan bahawa sebaik sahaja mangsa mengklik pada fail APK tersebut, penipu akan mempunyai kawalan automatik ke atas telefon mangsa.

Amatlah penting untuk anda ketahui bahawa fail APK membenarkan penipu mencuri data daripada telefon pengguna, termasuk nombor TAC pengguna yang membolehkan mereka membuat transaksi perbankan tanpa kebenaran.

“Saya bersimpati dengan mereka yang tertipu melalui kaedah ini. Tolong kongsikan mesej ini kepada orang tersayang,” tulisnya dalam catatan itu.

Maka, pastikan anda peka dan sentiasa beringat sesama sendiri untuk tidak memuat turun mana-mana fail APK yang dihantar, terutama apabila ianya datang daripada sumber yang tidak jelas. Hati-hati tauuuu!

BACA LAGI: ‘Menang’ Hadiah Cabutan Bertuah iPhone 12 Pro Max, Remaja Kena Scam RM26,200

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Getty Images, Kosmo

 

Published by
Adriana Syaurah