Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi ala K-Drama yang menghiburkan.
Dibintangi oleh pelakon terkenal Go Kyung Pyo dan Kang Hyewon,iklan ini mengisahkan tentang seorang lelaki ulat buku yang berusaha dengan ikhlas meluahkan perasaannya kepada seorang wanita yang sukar untuk didekati.
Tanpa mengenal erti putus asa diselitkan dengan beberapa adegan ditolak secara ‘halus’, menambahkan lagi kelucuan dalam jalan cerita sehingga membuatkan anda tidak kering gusi.
Selain itu, jenama Wacky Willy juga membawa slogan “Generasi keempat yang kasual sesuai untuk semua orang!” turut memperlihatkan koleksi pakaian yang sesuai untuk mana-mana golongan.
Kyung Pyo tampil karakter lelaki kekok dengan gaya ‘nerdy’ namun kelihatan lucu, sementara Hyewon memancarkan aura ‘soft girl’ berkelas yang tegas dengan pendirian. Gandingan mereka berdua membuatkan iklan ini nampak seperti mini drama yang menyeronokkan.
Ditambah, visual mereka yang nampak sepadan menjadikan iklan ini berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada para penonton. Bagi korang yang nak tengok versi penuh yang lebih kelakar, jom layan video di bawah ini…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.