Ingatkan Nak Tolong Ganti Tayar, Tapi Remaja Ini Jadi Mangsa Cabul Pula Di LATAR

Share

Nampak sangat kita tak boleh percayakan sesiapa pun pada zaman sekarang.

 

Niat seorang remaja yang hanya ingin meminta bantuan bagi menukar tayar keretanya yang telah pancit.

Namun dalam insiden yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR), lain pula jadinya!

Menerusi temuramah di antara seorang remaja perempuan dan rakan media di Awani, dia menceritakan bagaimana dirinya menjadi mangsa cabul seorang lelaki, semalam.

Remaja berusia 20 tahun itu sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Rawang menuju Glenmarie, Shah Alam untuk memulakan kerja di hari pertamanya.

Namun malangnya, tayar kereta pancit dan dia terpaksa hentikan kenderaan di bahu jalan pada jam 7 pagi.

Tak lama kemudian, seorang penunggang motosikal lelaki dalam lingkungan 30-an hadir untuk tawarkan bantuan menukar tayar kereta.

Mungkin kerana wajah lelaki itu kelihatan ikhlas untuk membantu. Jadi tanpa ragu-ragu dia menerima pelawaan lelaki tersebut.

Foto suspek yang dikongsi oleh mangsa.

“Ketika menukar tayar, terdapat satu skru yang sukar dibuka. Lelaki itu menyuruh saya hubungi pasukan peronda dan dia minta untuk tumpang duduk dalam kereta kerana cuaca panas di luar ketika menunggu.

“Saya benarkan. Tapi semasa saya nak berdiri di luar, tiba-tiba lelaki itu menarik tangan untuk masuk ke dalam kereta dan menguncinya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam situasi seperti ini, sesiapa pun akan cepat panik tambahan lagi korang berada di tengah lebuh raya. Namun, gadis tersebut tak menunjukkannya kerana bimbang lelaki berkenaan akan bertindak lebih ganas.

“Saya pura-pura cool dan sibuk dengan telefon. Tangan lelaki itu merayap ke paha dan saya tepis, namun tidak dapat melawan. Syukur tak lama kemudian pasukan peronda tiba,” katanya.

Walaupun dia cuba memaklumkan kepada petugas peronda lebuhraya mengenai kejadian berkenaan, namun lelaki itu menghalangnya beberapa kali. Sebaik tayar ditukar dan petugas beredar, lelaki itu masih kekal di situ!

“Saya segera masuk ke dalam kereta tapi lelaki itu masuk sekali. Dia bertindak lebih ganas dan cuba mencium saya malah membuka butang baju kemeja saya di bahagian atas. Ketika itu saya menjerit sekuat hati menyuruh dia keluar.

“Apabila saya jerit begitu, lelaki itu terus berhenti tetapi minta dicium jika mahu dia keluar, saya bertambah marah dan sekali lagi menjerit ke arahnya sebelum dia keluar,” ceritanya lagi. Nasib baiklah dia nak beredar dan tak berkelakuan maniac

. Kalau tak…

Remaja itu kemudian bergegas ke balai polis Sungai Buloh untuk membuat laporan mengenai kejadian tersebut

Menurut Awani, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Polis sedang memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil ke balai polis berhampiran,” kata beliau ketika dihubungi.

To girls (and guys), ingat lagi kan pesanan mak-mak semasa kita kecil. Elakkan ke mana-mana seorang diri dan jika berdepan dengan orang asing, jangan mempercayai mereka seratus peratus. Klise, yes, tetapi benar.

Published by
FZ