
Barang hantaran mahupun dulang hantaran merupakan antara perkara utama yang perlu diambil kira kerana biar pun tiada majlis kenduri besar-besaran dijalankan, namun hantaran bagi pihak lelaki dan perempuan tetap ada.
Sebagaimana kita tahu, pihak kerajaan telah pun membenarkan untuk menjalankan acara perkahwinan tetapi masih perlu diikuti dengan SOP yang betul.
Ramai pasangan yang bakal mengakhiri zaman bujang selepas tempoh PKP 2.0 ini, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan melangsungkan pertunangan. Dan selalunya tepak sireh pasti terselit dalam setiap barang hantaran, ia merupakan satu objek budaya yang amat penting dan istimewa di dalam masyarakat Melayu tradisional.
Namun, menerusi satu perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Muhammad Amin, dia telah memuat naik beberapa gambar kek yang dibuat sendiri ke laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.
Apa yang menarik perhatian adalah ketelitiannya membuat kek berbentuk tepak sirih yang begitu kemas untuk dijadikan hantaran pada hari pernikahnya pada hari ini.
Rata-rata warganet juga meninggalkan reaksi yang teruja dengan hasil tangan pemuda ini.
Untungnya orang kreatif ni kan, boleh abadikan momen penting dengan hasil tangan sendiri. Apa-apa pun selamat pengantin baru!
Sumber: Muhammah Amin
“Mengahwini Pasangan Yang Tepat, Kunci Kejayaan Para Usahawan” -Ameer Ali Mydin

Bermula dengan sebuah kedai runcit yang kecil pada tahun 1957 di Kelantan, kini pemborong dan peruncit, Pasaraya Mydin mempunyai pelbagai cawangan di serata Malaysia.
Perniagaan tersohor tersebut, yang kini telah diambil alih oleh salah seorang anak kepada pengasas Pasar Raya Mydin iaitu Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’, Hafiz Mahamad Hadiahkan Staf Kereta SUV, ‘Shopping’ Baju Raya & Bonus Sebulan Gaji
Baru-baru ini, menerusi petikan video dari temu bual bersama stesen radio BFM yang dimuat naik di laman Instagramnya, beliau berkongsi ‘rahsia’ di sebalik kejayaan pasar raya Mydin yang dimilikinya berkenaan.
Kongsinya, beliau menyifatkan mengahwini pasangan yang tepat adalah sangat penting kerana sokongan dan dorongan yang positif perlu datang dari mereka.
“Mengahwini pasangan yang tepat adalah kunci kejayaan para usahawan. Ini kerana mereka perlu berada di sisi dan akan menjadi individu yang banyak berkorban,” katanya.
Penyampai radio yang menemu bual beliau turut menambah bahawa setiap kejayaan seorang lelaki akan ada wanita yang lebih kuat di belakang mereka.
Bagaimanapun, ungkapan tersebut dikatakan kurang dipersetujui oleh isteri beliau kerana menganggap dirinya tidak berada di ‘belakang’, tetapi sentiasa bergerak seiring untuk memberi sokongan.
Malah, buku MYDIN: The Untold Story yang diterbitkan pada tahun 2012 juga ditulis oleh isterinya, Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd. Walau buku tersebut ditulis oleh isteri tercintanya, namun hanya gambar Ameer Ali Mydin diletakkan di buku hadapan.
“Isteri saya kurang setuju dengan kata-kata tersebut kerana bagi dirinya, dia tidak berada di belakang. Tetapi berada bersama dengan saya dalam setiap kejayaan,” tuturnya lagi.
“Semua orang cakap, ‘Wah, awaklah lelaki itu.’ Tidak. Sebenarnya saya bukanlah lelaki itu dan ada seorang wanita bersama saya yang yang menulis buku tersebut,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ameer Ali Mydin
Bertinju Demi Kesihatan Mental, Rahsia Gigi Hadid & Lisa Blackpink

Semua orang obses nak badan cantik. Bukan saja individu yang mempunyai masalah obesiti, yang bertubuh kurus pun tetap ada misi untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.

Maka, ramailah yang teruja nak buat workout sama ada di rumah atau pun gimnasium. Tak kisahlah walau dimana tempat korang workout, paling penting adalah memastikan bahawa gerakan workout itu betul bagi mengelakkan kecederaan.
Kalau korang perasan kini ramai yang beralih ke rutin ini untuk kekal fit. Selebriti popular juga tidak ketinggalan mengamalkan workout ni tau antaranya Gigi Hadid, Bella Hadid, Adriana Lima, dan juga Blackpink Lisa antara yang berlatih tinju sebagai rutin workout.
Seiring dengan peredaran zaman, sukan ini telah berevolusi dan bervariasi. Antara variasi yang popular dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia adalah kick boxing, muay thai dan mixed martial arts (MMA).
Walau apa pun variasinya, ia tetap sukan tinju yang mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan kita.
Hilangkan Stress Dan Terapi!
Satu kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa boxing membantu melepaskan tekanan fizikal dan mental. Tinju dapat menurunkan hormon stress seperti kortisol, sambil meningkatkan endorfin. Tinju secara semula jadi akan menaikkan mood, yang seterusnya dapat menghilangkan tekanan.
Baik Untuk Kesihatan Jantung
Tinju memerlukan tubuh badan anda sentiasa bergerak bagi menumbuk dan menangkis serangan lawan. Pada saat inilah jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan oksigen ke seluruh tubuh badan.
Melatih Paru-Paru & Sistem Pernafasan
Boxing secara kerap, secara tidak langsung dapat melatih paru-paru dan sistem pernafasan agar ia menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Bakar Kalori
Kalau anda mempunyai masalah berat badan, tinju sangat sesuai untuk anda. Hal ini kerana tinju memerlukan banyak tenaga agar tubuh badan dapat bekerja dengan lebih baik. Disebabkan itu, ia memerlukan banyak kalori untuk dibakar bagi menjana tenaga.
Pertahanan Diri
Tinju mengajar kita tentang pertahanan diri. Tinju menjadi kita cergas dan kompetitif di gelanggang, jadi ia boleh dimanfaat dalam situasi sebenar bila anda berdepan dengan ancaman. Anda tahu bila mahu bertindak dan mengelak dengan pihak lawan.
Meningkatkan Koordinasi Tubuh Badan
Tinju juga memerlukan pergerakan yang cepat dan tangkas. Dengan kerap melakukan tinju, dapat melatih pergerakan tangan, kaki dan seluruh tubuh badan agar selaras, tepat dan situ.
Selamat beramal!
Sumber : Hello Doktor
13 Kelebihan Jika Amalkan Ayat Kursi Terutamanya Hari Jumaat

Membaca ayat Al-Kursi merupakan salah satu amalan yang tidak boleh sesekali ditinggalkan setiap kali selepas solat fardu.
Sehubungan itu, selepas ini pastikan walau sibuk macam mana sekalipun, kita tetap perlu membaca ayat al-Kursi kerana itu adalah amalan yang disarankan Nabi SAW.
ARTIKEL BERKAITAN : Baca Surah Al-Mulk Untuk Terhindar Dari Azab Kubur, Tiga Lagi Kelebihan Jika Diamalkan!
Sebaiknya selepas memberi salam, kita perlu membaca istighfar sekurang-kurangnya tiga kali, kemudian membaca ayat Al-Kursi serta zikir lain.
13 Kelebihan Jika Amalkan Ayat Kursi Terutamanya Hari Jumaat
1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara Allah Taala sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad s.a.w
2. Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.
3. Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua Malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.
4. Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, Allah akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.
6. Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan, Allah akan memberi pertolongan kepadanya.
7. Sesiapa yang pulang ke rumah, kemudian membaca ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.
8. Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memelihara daripada kejahatan syaitan.
9. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah akan mengutuskan Malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh membakar jin dan syaitan.
11. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.
12. Sekiranya anda membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur, Allah akan membuka pintu rahmat serta memelihara baginya hingga Subuh.
13. Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Sekadar info, ayat 255 dari Surah Al-Baqarah ini dikenali sebagai Ayat Al-Kursi. Ia juga digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran. Ayat kursi merupakan ayat yang paling mulia daripada seluruh ayat yang terdapat di dalam ayat Al-Quran.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad s.a.w di mana turut diiringi oleh beribu-ribu Malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ yang bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.