REMAJA sendiri pernah menemu ramah salah satu pasukan PUBG terbaik negara iaitu Geek Fam dan mereka telah membuktikan PUBG bukanlah permainan semata-mata.
Mungkin sebab itulah, ramai yang ingin menubuhkan pasukan PUBG sendiri, dan itu termasuklah penyanyi rap tempatan, Caprice. Mengapa tidak, dia juga merupakan penggemar permainan digital.
Caprice yang juga merupakan speaker popular di kalangan pelajar sekolah kini sedang mencari pemain handal PUBG untuk digabungkan di bawah sebuah pasukan e-Sports.
Ingin menubuhkannya sendiri, dia sedang menawarkan peluang memperolehi gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 seperti yang dimuat naik olehnya kelmarin.
Di samping menguruskan kerjaya pemain terpilih, Caprice juga ingin melihat mereka bertarung pada peringkat tinggi nasional dan mungkin sekali pada peringkat antarabangsa.
Sehingga kini, video di Instagram itu telah mendapat lebih 11,000 komen followers Caprice yang mencadangkan rakan masing-masing untuk mengantar profil mereka ke emailnya atau melalui Direct Message (DM) Instagram.
Ada yang mendakwa sistem pesanan WhatsApp Caprice tidak berfungsi kerana terlalu ramai yang cuba menghantarnya mesej. Ada juga yang mencadangkan agar Caprice juga menguruskan pasukan Dota 2 atau untuk menaja pasukan e-Sports negara yang sedia-ada.
Ada di kalangan korang yang berminat untuk menghantar profil? Mana tahu terpilih, bang bang!