Ingin mencipta rekod peribadinya sempena bulan kemerdekaan Malaysia, remaja berusia 13 tahun rela ‘ditemani’ 5 ekor ular sawa.
31 Ogos ini, negara akan meraikan sambutan hari kebangsaan. Sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang aman damai, seharuskan kemakmuran ini dikekalkan sampai bila-bila. Menariknya, sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut tak lama lagi, remaja bernama Adam Harith Mohd Ridzuan mahu mencipta rekod peribadinya dengan tinggal bersama 5 ular sawa dalam sebuah bilik selama 6 jam 40 minit.
Menurut laporan, Adam akan membaca buku, menyiapkan kerja sekolah atau bermain permainan video sepanjang tempoh berkenaan. Tambahnya, dia sudah biasa bermain dengan haiwan peliharaan ayahnya itu sejak kecil lagi dan tahu serba sedikit mengenai tingkah lakunya.
Kedengaran pelik dan bahaya, menurut remaja ini untuk tinggal dalam bilik bersama ular berkenaan memang perlukan keberanian namun yang paling penting, dia mahu mengajak generasi muda supaya sayangkan haiwan.
Adam dijangka ditemani ular sawa batik ‘reticulated phyton’ dan ‘burmese phyton’ yang mempunyai berat antara 100 hingga 300 kilogram dan sepanjang kira-kira tiga hingga lapan meter bermula jam 8 pagi pada 31 Ogos ini.
Fuh, berani betul ye…tapi korang yang tidak ada pengalaman bersama binatang berbisa ini jangan pula gatal-gatal nak tiru aksi Adam ni okay!
Sumber : laporan Hmetro