Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti memutuskan untuk menukar nama pentas yang telah dipakainya selama 28 tahun baru-baru ini. Penyanyi yang kini menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) itu memilih untuk menukar nama pentasnya kepada Kris Dayanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Menantu Kris Dayanti Kumpul RM600 Ribu Bagi Membantu Warga Palestin Yang Tertindas
Menurut beliau, keputusan tersebut diambil bagi menyelaraskan kembali nama pentasnya dengan nama asli beliau dalam sijil kelahiran yang diberikan oleh ibu bapanya.
“Sebenarnya Kris Dayanti nama saya sendiri dalam surat beranak,” katanya ketika sidang media Jumaat lepas.
Diva kesayangan rakyat Indonsia itu berkata, nama Krisdayanti itu mula melekat dengan dirinya setelah bekerjasama dengan Warner Music pada 1995. Menurutnya, syarikat rakaman ketika itu berpendapat nama itu lebih mudah diingati.
Bagaimanapun, selepas kematian arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2021, isteri kepada Raul Lemos itu mula berfikir untuk menggunakan semula nama kelahirannya itu.
Sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada arwah bapanya, dia meminta nama Kris Dayanti digunakan mulai sekarang oleh para peminat dan pihak media.
Selain itu, beliau sempat berkongsi tentang sejarah bagaimana nama panggungnya yang lain iaitu KD mula tercetus.
Dikatakan bahawa, ketika masih aktif sebagai penyanyi, ibu Aurel Hermansyah itu sempat berduet dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Gloria Gaynor. Namun kerana takut pasangan duetnya mengalami kesukaran menyebut namanya ketika itu, dia mengambil keputusan untuk memperkenalkan dirinya dengan nama KD.
“Susah dia (Gloria Gaynor) nak panggil ‘Krisdayanti’. Jadi, saya cuma suruh dia panggil KD. Lepas itu ramai yang panggil KD sebagai singkatan,” akhiri Kris Dayanti.
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Kris Dayanti