Ingin Kulit Flawless Seperti Neelofa? Ketahui 6 Sebab Utama Kenapa Stres Boleh Jejaskan Kulit Wajah

Share

“Aduhhhh… minggu ini ada projek photoshoot bersama rakan-rakan course fotografi. Tapi kenapa sekarang tiba-tiba pula jerawat batu boleh tumbuh atas dahi ni? Kenapaa kulit wajah aku tak flawless macam Neelofa? Whyyyy?!”

Situasi di atas bukanlah satu benda pelik yang berlaku kepada kamu terutamanya pada usia remaja dengan raging hormone pesat ‘membangun’ dalam diri. Kenapa jerawat selalu sahaja keluar tidak kena timing? Sabar, mungkin ini jawapannya. Tahukah kamu bahawa stres boleh menjejaskan kulit terutama pada wajah? Tapi sejauh manakah stres boleh jejaskan kulit dan apa yang boleh kamu lakukan untuk elak daripada perkara ini berlaku.

1. Hormon Stres Boleh Bikin Havoc!

Semua orang akan berdepan dengan rasa stres dalam kehidupan mereka tidak kiralah sama ada harian atau beberapa kali dalam tempoh seminggu/sebulan. Bagaimana stres boleh menjejaskan kulit wajah? Bila stres, badan akan mengeluarkan hormon stres sebagai mekanisme tindak balas. Apabila stres hormin tersebut mebawa aliran darah kamu lari daripada kulit sebaliknya terus ke ke bahagian otot dan organ. Salah satu hormon stres iaitu cortisol boleh menyebabkan oil glands kamu terjejas lalu menyebabkan tumbuhnya jerawat.

2. Kesukaran Untuk Tidur

Apabila otak befikir terlalu banyak dan berdepan stres pada waktu yang lama, kamu boleh berdepan kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Tidur sangat penting untuk kesihatan secara am dan kulit secara khususnya. Dan ia juga merupakan tempoh yang amat penting bagi tubuh badan melakukan proses pemulihan. Efek akibat kekurangan tempoh tidur pula menyumbang kepada peningkatan tahap hormon cortisol

.

3. Membuatkan Keadaan Bertambah Teruk

Jika kamu seorang yang berdepan dengan kondisi kulit yang kronik seperti eczema, psoriasis atau rosacea, keadaan stres boleh memburukkan lagi keadaan. Jadi untuk kamu yang berdepan dengan kondisi ini perlu menitikberatkan bagaimana untuk menangani stres.

4. Kawal Diri Untuk Hadapi Stres

Untuk berdepan dengan stres pelbagai cara dilakukan setiap orang. Malah, ada yang melakukan sesuatu sehingga boleh mencederakan diri sendiri.Perbuatan seperti menggigit kuku, menggaru dan memutarkan rambut boleh mendatangkan keburukan. Begitu juga dengan perbuatan memicit jerawat ketika berada dalam keadaan stres. Perlu diingatkan jika stres elakkan mengambil minuman atau makanan yang mengandungi kafein. Ia boleh memburukkan lagi keadaan.

5. Meningkatkan Risiko Kanser?

Relaks, jangan panik dulu. Stres tidak akan menyebabkan kamu mendapat kanser. Namun, ia boleh meningkatkan risikonya. Kenapa? Sebab stres boleh menjejaskan sistem imunisasi secara amnya. Namun dalam kajian terkini mendapati stres turut menjejaskan sistem imunisasi untuk melawan sel kanser.

6. Wajah Jadi Lebih Tua Dengan Cepat

Ya, mungkin kamu pembaca Remaja tidak perlu risau dengan masalah wajah berkedut. Tapi kamu perlu tahu bahawa stres boleh menjadikan wajah kamu menjadi tua dengan lebih cepat. Bila stres, garisan kedut akan berlaku dan dengan dibantu hormon stres ia meningkatkan kadar penuaan kulit. Jadi kalau nak sentiasa awet muda, jangan stres selalu. Jangan mudah naik angin atau marah. Jadilah seorang yang chill dan sentiasa berfikiran positif!

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim